Minggu Pertama Semester 3..

image

Satu minggu sudah aku lalui. Terasa karat otak bahana terlalu lama bercuti. Kelas yang sepatutnya aku duduki peperiksaan akhir sahaja turut aku singgahi, dan aku berhasrat untuk hadir tiap-tiap minggu. Alang-alang belajar aku harus komited. Pada pensyarah itu aku nyatakan hasrat dan dia merestui.

Selepas beberapa bulan, pagi Sabtu dengan sarapan lontong paling sedap di dunia tiba lagi. Pakcik pemilik kedai masih ramah tamah seperti biasa. Senyumannya Sabtu lalu lebih panjang melihatkan aku yang baru.. Amboi manisnya..aku senyum bersahaja.

Minggu ini terasa panjang dan aku baru lepas melalui perjalanan yang meletihkan. Mahu tidur dulu…Semoga tiada mimpi buruk malam ini…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *