Mimpi Benny…

Sejak zaman Mesopotamia, Atlantis dan zaman-berzaman teguh ikatan, ramai sangat tegur cakap aku ni susah sangat nak senyum. Sebelum aku jawab, dahi pasti berkerut dahulu dan kening bukan Ziana akan terangkat sedikit. Salah tu…aku ni manusia mudah terhibur. Soheh aku mudah ketawa apatah lagi tersenyum. Nak menyerongen tak tentu hala, memang tak dapatlah. Sebab dalam keadaan mudah terhibur, peratus besar – aku manusia serius.

Kalau aku suka, serius aku suka. Kalau tak suka apatah lagi. Cuma aku percaya aku punya unsur lelucon yang siapa faham aje faham. Kalau tidak, orang rasa insulted juga dengan ayat dan nada sarkastik yang aku guna. Bila jumpa regu, alamat gegak gempita suasana. Oh, rindu zaman gelak besar. Jujurnya, akhir-akhir ini aku jarang gelak besar.

Dah jarang gelak, jarang jugalah nak senyum-senyum muhibah ni. Tak ada dah manusia yang bila dengar nama, nampak kelibat, tengok gambar atau berselisih yang boleh buat aku terapung. Nikmat itu ditarik seketika.

Tapi ada seorang manusia separuh dewa yang kemunculannya boleh beri aku rasa seperti itu. Aku sangat berterima kasih. Kau mungkin tak tahu dan tak sedar, itu tidak menjadi tajuk cerita. Yang pasti bila kau muncul, aku konfem senyum.

Semalam kau muncul dalam mimpi ? Bahagia tak semestinya memiliki, tapi aku pemilik bahagia yang kau beri.

Dan dedaunan hijau kembali…
Langit membiru…
Senja lazuardi yang dinanti…

Haih, terapunglah kekdahnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *