Milk Tea Yang Lejen!

IMG_20151128_181258

Petang Sabtu yang lalu aku dan Hadi merayau. Pada paginya kami ke KLIA untuk menghantar Mama yang akan menunaikan umrah. Cadangnya selepas ke lapangan terbang kami mahu balik terus dan mengemas rumah. Disebabkan cuaca sangat baik, aku mencadangkan hari Sabtu ini dihabiskan di luar rumah. Esok boleh duduk rumah dan mengemas sepenuhnya.

Mula-mula kami ke Mitsui Premium Outlet. Tahu sahajalah..aku bukan jenis membeli-belah. Kami hanya makan tengah hari dan meronda satu pusingan sebelum memutuskan untuk ke jualan gudang Clarks. Terus kami ke sana dan sekali lagi, kami hanya membelek kasut ala kadar dan terus keluar dari situ.

Mana nak pergi? Apa nak buat?

Misi mencari kasut untuk Hadi gagal. Jadi aku cadangkan ke Pasaraya Matahari di Jalan Kampung Dato Harun. Minggu lepas semasa mencari kedai minang yang selalu aku makan dulu kami tersesat ke situ. Kedai itu berpindah sebab tapak asal sedang dalam pembinaan medan selera yang baharu. Aku terperasan ada beberapa kedai kasut di situ.

Mujur mencari parkir tidak susah. Kami meletakkan kenderaan betul-betul dihadapan Hypershoe. Hadi terus mencari kasut sementara aku mencuci mata di kedai tudung bersebelahan Hypershoe. Masih tidak membeli. Sekadar membelek-belek sahaja.

Disebabkan cuaca agak panas, aku terasa sangat dahaga. Dalam hati membayangkan kalau dapat teh air berpeluh sedap ni.

IMG_20151128_181247

Terus kami menuju Pasaraya Matahari dan menuju ke medan selera di premis itu. Kemudian aku nampak poster mempromosikan air Mocha, Teh Hijau dan lain-lain. Terus teringin nak cuba.

Hadi memesan segelas teh hijau manakala aku memesan teh ais. Rasanya…fuuuuuh! Sumpah sedap, lemak dan menyelerakan. Harganya juga tidaklah mahal sangat. Untuk gelas setinggi ini cuma RM3.50 sahaja. Perasaannya macam mahu minum air itu hari-hari! Lazat Cha Libong namanya. Memang lazat!

IMG_20151128_175348

Hadi sudah mula lapar. Aku pula tidak terlalu lapar dan tidak pula terlalu kenyang. Tapi kalau ada makanan depan mata, makan ajelah. Hadi memesan Mac n Cheese dan di sinilah keajaiban Kampung Dato Haron aku rasakan. Aduhai sedap giler! Cheezy, creamy dan tastelicious! Cuma banyak sangat lada hitam aje menjadikan Mac n Cheese itu agak pedas. Tapi itu sedikit pun tidak mematahkan selera.

IMG_20151128_175529

Nampaknya lepas ini aku akan selalu datang ke sini untuk menikmati teh ais dan Mac n Cheese. Harganya juga tidaklah semengarut kafe hipster yang lain. Kalau anda berkunjung ke sana dan mencuba masakan di situ, kirim salamlah pada pemilik kedai. Cakap kat dia ‘Kak Benny kirim salam..’ Diorang tak suruh pun akak promosi kedai mereka. Akak sangat berbesar hati berbuat begini sebab macam akak cakaplah – sumpah sedap!

IMG_20151128_181231

Oh, punyalah sedap Green Tea tu Hadi siap beli bungkus untuk diminum di rumah sambil menonton Empire..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *