Mick Jagger…

54_big

Rasanya hampir 15 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke Kompleks Pertama. Kali terakhir dahulu ke sana dahulu pun sebab mencari kamera untuk kelas Photo Comm. Itu pun dekat bawah aje, maksud aku kedai kamera itu aje. Tidaklah merayau ke tingkat-tingkat lain.

Alang-alang semalam sesat di Sogo, aku terus mencadangkan kepada Hadi untuk singgah ke sana. Hadi pun selalu sebut Kedai Cap Ayam kat Pertama. Jadi, merayaulah kami dalam ruang lingkup satu bangunan epik yang di namakan Kompleks Pertama.

Pertamanya, susun letak kedai-kedai dalam ini agak aneh buat kami. Mungkin sebab tak pernah masuk dan meneliti keadaan dalam tu, jadinya kami memang sesat dalam rindu di situ.

Keduanya, kami singgah juga di kedai Cap Ayam seperti yang selalu Hadi sebut. Tapi kami tidak membeli apa-apa pun. Sekadar memuaskan ‘curiosity’ yang ada sahaja.

Di Kompleks Pertama memang banyak kedai menjual t-shirt yang best-best. Kami masuk ke dalam satu kedai yang menjual t-shirt kumpulan metal/rock/alternatif. Cantik-cantik dan unik koleksi yang ada. Ada Iron Maiden, Black Sabbath, Metallica, Nirvana, Pink Floyd dan banyak lagi.

Hadi membelek t-shirt Metallica. Aku pula membelek-belek koleksi yang ada. Mana tahu tersesat Meatloaf memang aku ambil sehelai dua. Sayangnya tiada design yang menarik perhatian dia juga.

Alang-alang membelek tu, aku ternampak t-shirt Rolling Stones.

Me : Kenal tak siapa penyanyi ni? (sambil tunjuk gambar)

Hadi : Kenal…(senyum konfiden.)

Me : Siapa?

Hadi : Mick Jagger kan..?

Me : Betul….terror dah 🙂

11STONES1_SPAN-articleLarge

Kami kemudian menghabiskan barang 10 minit membelek jualan lambak kaset-kaset lama di ruang kedai yang sama. Dalam hati, terasa mahu membeli album kedua All-4-One dan Grand Nominees entah ke berapa. Tapi di zaman ini, ah, download ajelah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *