Merdeka!

ins2

Semalam, negara kita menyambut Hari Kebangsaan ke-59. Seperti biasa, kejiranan aku yang kini sama aje sifatnya dengan kejiranan di Jalan Gasing. Mercun bertalu-talu diletupkan dan bunga api menghiasi langit malam diikuti jeritan tak tentu hala entah apa benda yang dipekikkan.

Aku? Mencuba untuk tidur dan berdoa anak tak terbangun tidur. Kalau main mercun setakat 30 minit pertama tu, aku halalkan ajelah. Tapi lebih dari itu, memang mintak kaki, memang mintak maki.

Paginya, seawal 4.30 pagi Hadi bangun dan bersiap sedia kerana dia terlibat dalam perbarisan mewakili Kontinjen Perkhidmatan Awam. Sibuk benar sejak dia bertugas ditempat bertuah itu. Naik kagum aku dibuatnya…Disebabkan ada kemungkinan wajahnya terpancar dikaca tv, aku gagahkan juga bangun pagi dan menonton liputan Hari Kebangsaan. Ya, muka keluar dan akak sukalah sebab dapat tengok boifren akak melambai-lambai bendera.

Kemudian baharulah aku melayari FB dengan Asus baharu yang menjadi kesayangan aku selamanya – menggantikan rasa cinta kepada Blackberry yang semakin mahal – seolah tidak sudi bersahabat dengan aku lagi.

Wow….

Ucapan merdeka, pertanyaan tentang erti merdeka, mendeka dan Pandikar Amin Mulia semua ada. Semua memberikan rungkaian peribadi erti merdeka dan cara mereka mengisi kemerdekaan. Yang belen-belen tu, gambar outing dengan family dan gambar durian. Aku faham dan tak kisah. Mereka berkongsi cerita dan kita dekat dengan mereka berdasarkan perkongsian sebegitu.

Jenuh aku fikir pagi semalam. Apa merdekanya aku pada tahun ini? Bebanan dan tanggungan macam itu juga. Yang berhutang  dengan aku, setakat ini masih konsepnya dibawa kemati dan semoga rohmu kekal tergantung dilangit. Pengajian PhD yang tertunda itu – merdeka yang tersadai (akan aku usahakan pengakhiran yang sempurna satu hari nanti).

Aku belek-belek pula e-mel yahoo yang semalam sempat aku read tanpa menghadam jelas biji butirnya. Oh, ok…aku telah merdeka daripada sang agen insurans pengejar kekayaan dunia yang menipu dan merdeka dengan membatalkan polisi yang aku ambil.

Lepas ini, aku tidak akan ambil apa juga polisi insurans yang ditawarkan. Itu janji aku pada diri sendiri.

Jadinya, sudah 2 kali aku kena main dengan insurans dan perlindungan yang dijanjikan. Never again!

Lepas selesai pembatalan polisi yang ini, satu lagi insurans daripada syarikat yang sama aku akan batalkan. 10 tahun aku bertahan. Panjang salasilahnya polisi ini. Awalnya ok aje. Sejak A muflisi dan dibeli oleh B, polisi bukan mcm dululah, zetanlah, zabilah semua ada. Daripada saving insurans jadi, eh – tidaklah Puan pun ada juga. Zahanam semua ni…

Kepada pengejar kekayaan duniawi yang meniru tanda tangan aku dan gagal menyerahkan polisi asal kepada aku – i really hope u rot in hell! Aku bersyukur manusia jilake mcm ini bukanlah seorang penjawat awam. Aku harap harta kau tak berkat. Aku harap hidup kau tak aman, roh kau tergantung dan aku harap lesen kau kena tarik.

Aku tak pasti sama ada pembayaran aku selama setahun itu akan dipulangkan semua, sebahagian atau sebulan. Yang penting, aku sudah kafankan polisi itu. Aku difahamkan kes macam aku susah nak berjaya, tetapi dengan bukti yang aku kemukakan berserta aduan yang jelas maksud dan hasratnya, kebenaran itu pasti akan berpihak kepada aku juga.

Pengakhirannya…aku merdeka juga!

insurans

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *