Mental Note : Dengar Cakap Mama!

image

Tak pasal-pasal amarah aku membuak. Mujur bukan dirumah orang aku membuat drama. Inilah bahananya tiba-tiba bercerita hal keluarga tup-tup muncul pulak hamba Allah tu di penghujung Syawal-dirumah makcik aku-yang saban raya aku singgah-tak pernah aku nampak kelibatnya!

Lapar punya pasal, aku,Adeq dan Hadi terus ke rumah mak ngah petang tadi. Dipertengahan jalan mama telefon minta saing sama. Memandangkan mereka baru gerak dari Keramat dan aku sudah pun setengah jalan, aku mohon jumpa terus di sana sahaja.

Elok sampai, berjabat salam dgn tuan rumah, tak boleh tidak aku ternampak sekumpulan di dalam rumah. Bersungguh-sungguh mak ngah minta aku ke dalam atas dasar hari raya. Perasaan aku masa itu hanya satu, menyesalnya aku tidak tunggu mama dan gerak sama. Tidaklah terpancar reaksi hotlink di situ.

Sepanjang di sana kepala otak asyik flashback apa yang dah jadi berkurun lampau. Tidak terasa marah sangat sebab mengenangkan aku nak makan ni sebenarnya. Berulangkali mak ngah minta lembut hati buang yang keruh bagai ni. Malaysia boleh buat lintasan banyak kali tak aku endahkan. Pada Hadi hanya aku katakan-pukul 12 itu pakcik aku. Terima kasih kerana memahami… Itulah penguat semangat aku tadi.

Tidak lama kemudian mama datang. Lagi bertambah awkward. Tidak seperti makhluk yang lain, orang salam aku sambut. Senyum balas senyum. Ikhlas atau tidak bukan sandaran. Aku pun tak nampak ikhlas itu dimana lagi dah. Aku rasa mereka memang tunggu atau dirayu tunggu oleh tuan rumah sampai mama datang.

Dalam kereta tu baru aku meletup. Sampai rumah aku hanya dapatkan Hadi bila dia lapang dan bersandar padanya. Kala itu kau memang Wonderwall aku. Besar rahmat dia memahami situasi aku.

Aku tak tahu macam mana untuk tuliskannya dengan nada hormat. Tapi mudahnya begini. ‘Korang datang balik sebab bapak aku mati dan expect semuanya suci murni macam tak ada apa berlaku?’ Lepas tu apa bayang pun aku tak nampak. Belah atas mungkin lembut hati sebab faktor usia tapi anak-anak tetap terasa. Bukan aku seorang macam ini. Aku boleh namakan sepupu aku yang lain tapi nyatanya diorang peduli apa..

Dont know dont want to know..dont care and dont want to care. Kau tak suka aku sejak kecik dan takde sebab aku terima kau bila aku besar. Enuff said…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *