Mengenang Seorang Sahabat, Azaha Rasidi…

Ia bermula dengan perbualan santai beberapa teman di bilik jamuan tetamu SPM. Kami membincangkan satu majlis bacaan Yasin dan Tahlil secara kelompok kecil, tak sampai 10 minit masa dan tarikh dikenalpasti dan di pejabat nan garuda disampaikan niat kepada sesiapa yg kebetulan ada di situ. Semua setuju dan bersemangat lantas agihan kerja dibuat terus tanpa berbasa-basi lagi.

Asalnya majlis mahu dilakukan esok. Aku pula kebetulan akan bercuti dan mereka bersetuju dibuat pada hari Khamis. Terima kasih kepada yg sudi menghulurkan sumbangan bagi membiayai pembelian bekas makanan, minuman dan keperluan lain.

Master Chef..
Sumbangan rakan-rakan

Ini bukan majlis besar berprotokol bagai. Menu pun secara ‘potluck’ seikhlas pemberi sumbangan. Siapa yang tahu, hadirlah..Siapa yang tidak, kemaafan dipohon sebab kalau kami tampal notis skalanya menjadi besar. Ini percubaan pertama..alhamdulillah ini percubaan pertama yang sangat berjaya! Insyaallah tahun depan lebih terpelihara persiapannya.

Hj. Daud mengepalai majlis ini...

Bacaan Yasin dan Tahlil dikepalai oleh Haji Daud, antara pegawai seksyen yang kami hormati. Memandangkan dibuat diruangan pejabat, pemandangan kasar agak lompong tapi disetiap ceruk sudut dipenuhi rakan-rakan arwah yang bersedia seawal 10.00 pagi. Suasana hiba dan sebak amat dirasai dan aku sendiri gagal menampung airmata. Arwah begitu istimewa…hanya ini sahaja yang mampu kami lakukan untuk seorang abang dan sahabat yang telah pergi meninggalkan kami setahun lalu…

Antara yang hadir
Antara yang hadir..

Kepada rakan-rakan yang sempat hadir tadi dalam kesibukan kerja, hanya ucapan terima kasih dapat aku hulurkan. Terima kasih atas masa, terima kasih sudi bersama dan terima kasih kerana memahami perjalanan percubaan pertama ini. Dapatkah anda semua rasakan hubungan kekeluargaan kita sebenarnya ada…Cuma tidak dilestarikan saja. Kalau kita kekalkan hubungan sebegini sesama sendiri pasti sepanjang di SES kita akan bersatu hati dan dan tenang melalui turun naik kerja dengan bantuan emosi rakan-rakan.

Sebelum catatan terhenti, ingin aku nyatakan sekali lagi ini kerjasama semua pihak. Ini antara sumbangan kita pada sahabat yang telah tiada. Seandainya aku pula dijemput nanti, insyaallah rakan-rakan akan lakukan perkara yang sama kerana hari ini kita semua telah mulakan langkah yang pertama….

P/s : Kredit foto pada Sue Aryanie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *