Menanti Dirimu Cuma Dugaanku..

Hadi dan Eskandar Dzulkarnain
Hadi dan Eskandar Dzulkarnain

 

Sebelum ini jika salah seorang dari kami berkerja di luar kawasan tidaklah menjadi masalah emosi yang besar. Ingat lagi masa pilihanraya kecil Dun Tenang beberapa tahun lalu. Waktu itu aku bertugas selama hampir 2 minggu dan masa itu juga kebetulan ia jatuh masa hari lahir aku. Hadi sanggup datang untuk menyambutnya bersama, esoknya bergegas dia kembali ke Kuala Lumpur. Waktu itu juga era BBM baru bermula. Jadi tidaklah terasa jarak memisahkan kerana kami sering berhubung. Berbanding masa dia kursus wajib 6 bulan, komunikasi agak terbatas.

Sudah 3 hari dia di luar negara. Sangat terasa separuh jiwa raga aku pergi. Betul, kami masih berhubung menerusi BBM tetapi dalam keadaan sudah beranak kecil ini lain sikit. Tengok muka anak pun ingat bapanya.

Masa untuk kami bersama-sama sangat terhad. Balik kerja, kedua-duanya sudah letih dan bersembang pun seadanya ketika makan malam bersama. Menjelang malam Sabtu, bergegas ke Taman Permata untuk meluangkan masa dengan ED pula.

Merancang cuti seolah-olah berangan. Berangan bukannya kena bayar. Sudah cantik lokasi yang dipilih, mengenangkan anak kecil, kami tangguhkan. Sudah cantik lokasi yang dipilih, berpotensi kena bencana alam pula. Sekali lagi ditangguhkan. Sudah cantik lokasi yang dipilih untuk bermain-main salji atau berjudi di Vegas, kewangan memang menjadi penghalang. Selalu kami tangguhkan.

Selama seminggu ini, adik-adik membantu menjaga ED di rumah aku di PJ. Tidaklah terasa kosong sangat jiwa raga. Masih aku rasakan jika dia ada bersama tentu lebih lengkap.

Hadi, i miss u..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *