Memori PKSN 1998

Assalammualaikum, hi semua! Lama tak menulis. Agak sibuk dengan kerja, maklum sahaja awal tahun. Asyik menulis pasal anak, boring juga. Jadi hari ini aku mahu menulis tentang seorang sahabat yang sudah 21 tahun aku tidak jumpa. Iya…21 tahun!

Memandangkan antara azam yang sentiasa aku carry forward setiap tahun ialah mencari kembali manusia-manusia yang pernah aku kenal dan menyambung balik hubungan yang terputus atas pelbagai sebab, makanya 2019 dimulakan dengan pertemuan seorang sahabat yang aku kenali pada tahun 1998. Ketika itu aku baharu sahaja habis SPM dan kemudian dipilih untuk menyertai satu kursus ala-ala khidmat negara. Kursus itu dinamakan Program Khidmat Sosial Negara bezanya Khidmat Negara 3 bulan, kursus kami hanya 23 hari sahaja dan peserta yang terpilih adalah dalam kalangan remaja-remaja yang tinggal di Selangor.

Hampir 80 remaja menghadiri kursus ini. Aku ditempatkan dalam kumpulan Dinamik dan aku juga dipilih menjadi Penghuluwati. Hebat, bukan?!…

Bukan….aku dipilih sebab aku lahir pada bulan Januari. Paling tua konon logik pemilihannya.

Dalam kumpulan inilah aku dipertemukan dengan Rozita. Kalau ikut nama era itu, kami panggil dia Boogie. Kadang-kadang kami panggil dia Ita. Disebabkan sahabat seorang ni memang speaking aje sepanjang perjalanan, kami ai yu ai yu aje mengikut kesesuaian.

Boogie sempoi habis. Simple dgn snowcap, telinga sentiasa ada earphone dan seleksi lagu-lagunya semua lagu Inggeris. Aku masih ingat dalam satu situasi malaikat lalu, tiba-tiba dia nyanyi lagu Goodbye – Spice Girls.

Disebabkan satu kumpulan, kami rapat. Awal kenali dia, aku dapat rasa dia ni bijak pandai orangnya. Tapi, dia cepat nervous. Kena buat pengucapan awam pun dia panik. Aku ingat lagi dia buat pengucapan awam pasal “How To Make An Omelette”. Aku ingat sangat sebab dia seorang aje buat dalam bahasa Inggeris. Lepas tu, aku bantu point apa dia nak cakap masa dia practice…

Aku pulak takde masalah nak bercakap. Aku buat pengucapan awam pasal bystander. Hebat, bukan!? …

Hebatlah hahahaha….

Dalam kursus ini, ada 5 modul. Aku tak ingat semua tapi antaranya Ketenteraan, Kenegaraan, Khidmat Sosial, Rekreasi dan yang tak ingat tu, aku tak kuasa nak ingat. Modul ketenteraan adalah modul yang pertama. Kami semua berkampung seminggu di Kem 502 Sabak Bernam. Merasalah meranduk longkang besar dalam keadaan air hitam legam busuk memekat sebab abam askar yang pandu arah kami sendiri sesat! Satu lagi aktiviti dalam modul ini ialah – menembak. Wow, ini memang best. Merasalah aku menembak dengan senapang pada suatu petang nan indah. Tanpa aku sedari, seorang ahli kumpulan aku sudah memekup telinga dan fobianya dianiaya. Boogie la tu…akulah yang menemankan dia dalam dorm dan di situ kami menghabiskan masa bersembang berdua.

Sebenarnya banyak kenangan aku dengan Boogie. Tapi kalau cerita semua, aku perlukan masa juga untuk ingat peristiwa 21 tahun ini. Oh, hampir terlupa. Semasa kami ditempatkan di rumah mak angkat di Kampung Nelayan, Sabak Bernam, aku dan Boogie satu rumah!

****

Mujurlah Facebook menemukan kami. Sejak habis PKSN, aku tidak pernah menyertai mana-mana aktiviti reunion. Kalau jumpa rakan-rakan kursus pun semuanya kes terserempak. Terserempak di KLIA, di Giant dan tempat-tempat lain. Walaupun tak berjumpa, aku sentiasa mengikuti perkembangan rakan-rakan semua.

Sampailah suatu hari aku terbaca update Boogie. Tak pasti di Instagram atau Facebook. Ya, Allah….kawan aku sakit. Allah berikan dia ujian kesihatan dan dia terpaksa keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sejak itu, aku memang simpan niat untuk ziarah Boogie. Tapi itulah…masa susah betul nak cari waktu. Mujurlah hari ini aku berjaya juga!

Apapun sahabatku Rozita, Boogie, Ita….

Terima kasih sudi terima kunjungan kami sekeluarga dan bersabar dengan karenah anak-anak tadi. Seronok betul diorang mandi sungai, main Thomas sampai menangis masa nak balik dan terus tertidur dalam kereta. Kita nak bersembang pun berbantut-bantut sebab perangai anak-anak aku tadi.

Sesungguhnya ujian tuhan untuk setiap manusia tidak sama. Aku rasa kau kuat, kau rasa aku kuat. Nyatanya kita sendiri yang tentukan sama ada kita hidup berserah atau bangkit jadi fighter.

Please be strong my friend. Kalau perlukan aku, aku sentiasa ada. Roger aje. Insya Allah kita akan ulang sesi seperti ini di masa akan datang.

Be positive, stay positive.
Be strong, stay strong.

Take care, love you ???
-Abby PKSN 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *