Membeli Karipap Sambil Menangis..

Karipap nie semua inti kentang, dik. Kentang lagi murah dari keledek. Lagipun kentang tahan lama dan ramai orang suka makan inti kentang. Yang itu karipap kentang campur daging. Yang sana pulak karipap kentang campur ayam. Yang berpusing tu karipap sardin. Tapi memang ramai orang suka karipap inti kentang, dik. Abang beli kentang nie dari Cameron Highlands. Dan bertahun beli dengan pembekal yang sama. Dia kasi abang pun harga murah. Tu sebab walaupun karipap inti kentang nie sedap, tapi harga dia masih sama. Abang nak naikkan harga pun tak sampai hati..Abang masih mampu gajikan 3 pekerja nie untuk bantu abang meniaga. Meniaga karipap dan kuih-kuih bukan mewah mana pun,dik. Tapi abang percaya rezeki Allah. Kita kena rajin usaha dan jangan kedekut. Inti karipap kentang nie semua meriah, bukannya inti angin aje, adik oi..Marah orang sebab diorang bayar nak makan karipapkan…Adik nak karipap apa?

Saya nak karipap kentang 2 biji aje, abang..

“Karipap kentang campur daging ke kentang campur ayam? ┬áKentang lagi murah dari keledek. Lagipun kentang tahan lama dan ramai orang suka makan inti kentang.Yang itu karipap sardin…..

(Aku sempat memancung) Kentang kosong aje terima kasih!

Lepas ini aku akan pastikan memakai headset jika mahu mengulang membeli karipap ditempat yang sama. Menitik airmata 8 kilometer..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *