Membeli Harta..

Lepas kelas petang tadi, aku dan Fariq ke Amcorp Mall. Dia mahu mencari DVD dan aku mahu menambah koleksi buku. Hari ini hari Sabtu. Amcorp Mall sangat mengujakan dengan lambakan buku murah di gerai pajak yang penuh membarisi sisi ruang pejalan kaki di dalam pusat ini.

Aku mahu cari buku menambahkan koleksi sedia ada, disamping menjadi bahan rujukan untuk kelas dan ilmu duniawi. Kalau pandai cari, kita boleh jumpa buku ‘super rare’ dengan harga yang lebih murah dari set Value Meals Mc Donald’s.

Aku rembat 7 buku…kesemuanya berharga RM 35.00. Ia lebih murah dari belanja karoke untuk satu kepala di Redbox. Mujur masa mengekang. Kalau tak, mahu seguni aku borong.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *