Membelah Mimpi?

image

Rasanya macam di sebuah kampung, Sabak Bernam setepatnya. Tapi bukan kawasan yang selalu aku jengah. Kawasan itu seperti inap desa yang dikelilingi kelapa sawit. Aku ingat..sebab dia minta sekiranya kami ke sini lagi, mohon bilik yang mengadap kawasan penanaman kelapa sawit, di sayap kiri.

Masa itu lazuardi senjanya. Seorang anak kecil dan seorang tua ada bersama aku. Aku katakan aku sukakan suasana di sini kala matahari terbenam. Tapi anak kecil itu tidak faham apa yang aku maksudkan. Aku menerangkan kepada dia dengan laras bahasa mudah dan bila pandangan dikalih untuk mengamati panorama tadi, matahari sudah terbenam! Aku langsung aneh..Tidak sampai 5 minit aku lihat suasana tadi. Tak mungkin dalam masa yang singkat ia sudah terbenam. Detik itu juga aku mulai wasangka adakah aku sedang bermimpi..

Aktiviti di sini juga pelik. Seolah ada kereta kabel yang ditarik-tapi jaraknya tak sampai 10 meter. Apa yang ketara, riak wajah satu keluarga besar yang sungguh gembira dengan perjalanan ringkas itu. Aku tidak pula berkeinginan untuk mencuba.

Masa aku dan dia menaiki motor di kawasan kampung, aku katakan pada dia tentang anak kecil dan lelaki tua yang menemani aku senja tadi. Dia kata lelaki itu seorang kiai. Aku ingatkan kembali jika ada apa-apa perbualan yang aku ingat. Nyatanya kiai itu tidak bersuara pun.

****
Kawasan kampung itu bertahun aku mimpikannya. Semuanya macam familiar tapi realitinya sampai sekarang aku kabur. Selalunya kalau aku ceritakan pasal mimpi yang berulang ia tak akan muncul lagi. Itulah harapannya. Tapi imej matahari terbenam itu sangat indah. Sampai sekarang masih kemas terakam dalam ingatan aku.

Siapa kiai itu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *