Melonggarkan PKP?

Ada beberapa negara melonggarkan tempoh kawalan pergerakan mereka apabila mendapati bilangan kes aktif semakin kurang mencecah satu angka. Kejap aje…terus naik balik kes positif corona virus. Lepas tu menyesal macam ex boifren kau…

Yang baru dapat kelonggaran keluar berdua satu kereta bukan main seronoknya lagi. Macamlah rumit sangat masalah nak membeli barang-barang dapur. Itu bukan sebab tak reti, itu igronant level Naruto. Patut umor kau 12 tahun dah tahu jenis ikan, sayur hatta tuala wanita kepak tak berkepak pun. Baik laki, baik pompuan, sama aje sengalnya.

Corona virus ni serius. Kalau kau takut kena sampuk hantu, kau patut lebih takut virus ni. Kau kena sampuk boleh tawakal nk ikhtiar dengan rukyah atau panggil tabib Effendi. Corona virus ni cicah clorox pun tak tentu mati. Silap-silap dengan engkau-engkau sekali tumpo.

Setiap kali aku tengok newsfeed yang ada cerita Trump, aku rasa macam nak santet aje dia. Sebab bodoh ni berjangkit. Pemimpin yang bodoh memang datang dari pengundi yang bodoh. Tapi bodoh yang ada ni lain macam tingkatnya. Bodoh tu lebih jelas bila businessman yang tiba-tiba rasa macam poket dia aje affected dengan keadaan ekonomi yang lesu ni tiba-tiba sibuk jenguk poket orang lain yang tak saing dia pun. Beratus-ratus bulan kaya namatey sekali rasa penangan ekonomi macam ni terus macam pacat kena air nikotin.

Lepas tu menggelabah buah mintak mahap. “Sekadar memberikan pendapat…”. Siapa mintak pendapat cerempet macam ni? Apa ingat kakitangan kerajaan tak bayar cukai ke? Bila pelarasan siap kena bayar lagi. Syukurlah rezeki sendiri. Kalau berkat, percayalah, mesti cukup. Ini yang bunyik lebih-lebih ni semua melayu kaya dan Islam. Weh, tak sucikan harta dengan berzakat ke?

#apabilakakbennymembebel90kmsejam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *