Melepak Kedai Kopi Yang Tak Mengopi

Semalam seharian berjaga selepas pekena segelas Frappe Chawan dan Caramel Latte venti Starbucks. Hari ini melepak juga,masih dikedai kopi.

Pengalaman mengajar,overdose kopi untuk dua hari berturut-turut berpotensi menjadikan aku zombie. Jadi tadi aku hanya pesan Rose Float dan laksa sahaja. Padahal setiapkali melepak Oldtown White Coffee minuman wajib ialah Hazelnut latte.

Masalahnya aku masih tak boleh tidur awal malam! Sejak bulan April secara kasarnya dan bulan-bulan berikutnya menjadi tabiat tak semenggah dalam kehidupan aku dewasa ini. Ya,aku masih bole bangkit awal esok pagi tapi aku kesiankan otak yang memikir macam-macam perkara.

Rutin pagi selalunya kopi Dutch Lady kotak…Masih kopi. Ada apa dengan kopi?!

Mujur malam ini tidak selang sejam berulang kencong.. Mungkin kerana malam ini aku tidak mengopi..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *