Mee Bandung Muar..

Di Kluang Rail Coffee, aku hanya makan satu set roti bakar dengan kopi ais. Tidaklah lapar sangat, tidak juga kenyang sangat. Rasanya tiada lagi tujuan di sini. Makanya kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di Muar. Berpandukan carian google, majoriti mencadangkan ke Tanjung Agas. Masalahnya, hampir semua kedai menjual mee bandung Muar dan masing-masing “mendakwa” mee jualan mereka adalah yang asli. Berdasarkan komen pengunjung pula pelbagai. Ada yang setuju, ada yang pernah rasa lebih sedap dan lebih pekat kuahnya.

Aaaah, lantakkan semua itu. Perut aku sudah mulai lapar. Kami tiba di Muar sekitar jam 1.30 petang. Rasa lapar mula menguasai. Jadi kami singgah di kedai pertama yang kami jumpa iaitu “Mee Bandung Muar”. Sangat jujur dan terus pada matlamat. Ia terletak berhampiranĀ Sek. Men. Sains Muar.Kedai ini penuh. Sepanjang di sana, walaupun tidaklah sampai beratur menunggu tapi meja memang tak sempat bersih pasti ada orang datang. Jadi aku buat kesimpulan – worth a try. Sementelah meja sebelah kami punyalah menikmati mee bandung ini sampai kepalanya langsung tidak terangkat! Rasanya aku dan Hadi baharu sahaja buat ulasan selari dan memandang dia kembali – mee tu sudah habis!

2 mee bandung Muar dipesan dan satu rojak buah. Paling tidak menunggu mee yang aku rasa lama bolehlah makan rojak dulu sementara menunggu. Agak lama menunggu, tapi aku sabar sebab memang orang ramai. Tapi bila orang selepas aku dapat mee dan aku punya belum sampai, itu memang mendatangkan amarah. Pantas aku lambai adik yang ambil order tu dan minta dia hantar mee seterusnya kepada kami. Beberapa minit kemudian mee pun sampai…Kalau tidak aku rasa memang ada insiden terbalikkan meja di Muar ni.

Ya, mee bandung Muar di sini sedap. Memang dicadangkan kepada sesiapa yang mahu mencuba. Aku pasti untuk warga Muar pasti ada tempat-tempat lain yang mereka tahu. Tapi setakat cakap aje, alamat atau landmark pun tak kasi takde maknanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *