Media & Typo

Kembar terima jenazah..Lucu dowh! Benda kelakar kalau tak gelak wayar putus tu…

 

Kecoh jugalah hujung minggu aku yang lampau. Itu semua gara-gara kesilapan ejaan yang berlaku. Aku mengambil pendekatan diam. Diam bukan sebab dosa itu berlaku di tempat aku mencari rezeki. Aku selesa diam sebab aku bersyukur bukan aib aku yang dibuka dan menjadi viral sehebat rotavirus!

Naik kapal pun boleh menimbulkan perasaan seram pada yang tak biasa

 

Memang kesalahan ejaan ini lazim. Tahniah jadi takziah…atau kekurangan abjad menjadikan makna lain, sebagai contoh seimbang, ‘i’ hilang jadi sembang. Ia juga berlaku pada media antarabangsa. Contoh mudah, drums set yang ditaip ‘drugs set’. Ia sudah membawa makna yang lain. Selalunya konotasi negatif yang membuatkan khalayak cenderung mendebatkannya.

drugs vs drums
Drugs vs Drums

 

Aku lebih senang membaca komen manusia-manusia maksum yang zaman kanak-kanaknya handal spelling bee. “Ijazah dan jenazah tu jauh dowh”… Ini kerana manusia seperti ini soheh-soheh mempunyai pendapat yang kebal yang mana mereka serba-serbi tahu..serba-serbi tak pernah buat silap. Kalau difikirkan, bersyukurlah kesilapan yang kita lakukan tidak disedari manusia tetapi Allah dan malaikat yang mencatat rekod kekal nampak semua itu. Jadi sebagai manusia yang serba-serbi tidak sempurna, gelaklah dan kongsikan semua itu untuk mendapatkan ‘Like’ yang banyak dalam kalangan rakan-rakan anda.

(Aku beranggapan pegawai itu sangat komited semasa membuat liputan MH 17 sampai kukuh amat memorinya di situ. Tak perlu nak justify kenapa kesalahan berlaku. Benda dah jadi pun..)

Parlimen mana?
Parlimen mana?
Hmmmm….

 

Betul….kesalahan seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

Betul…ia adalah human error dan lumrah (pernah satu drama melayu aku tengok dialog yang ditutur ialah RUMLAH).

Lebih betul, tegur secara berhemah. Mengaitkan kesalahan dengan unsur-unsur politik, pemberian bonus dan pemecatan memang sengal!

p.s: penyanyi pun kadang-kadang lupa lirik dan salah tempo..apadahal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *