Matinya Warga Media : Urusan Kerja Biasa & Kesukarelaan?

(Sebelum semua nak emosi, silalah baca dulu dengan tenang..Kalau ada cara memperbaiki keadaan lebih saya alu-alukan daripada jadi hero FB dan Twitter..)

Senario :-

1. Kematian jurugambar Bernama TV, abang Noramfaizul Mohd Nor adalah satu berita yang menyedihkan untuk semua warga media. Arwah maut terkena peluru sesat di Mogadishu, Somalia yang mana kehadirannya di sana adalah untuk membawa berita misi kemanusiaan yang akan menjadi teladan pada warga Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya. Katalah yang rakyat Somalia memang tidak patut dibantu, misi ini mengarut dan apa juga yang anda rasa. Hakikatnya bagi media – tugas tetap tugas. Sehabis baik mereka akan cuba mendapatkan bahan terbaik untuk dibawa ke kaca TV atau di dada akhbar.

2. Seorang pelakon stunt profesional maut ketika melakukan aksi terjun dari tingkat 4 sebuah bangunan di Jalan Duta sekitar tahun 2006. Juga seorang pelakon, Raffi Hussein melecur teruk sewaktu dala penggambaran sebuah filem.

Ini hanyalah sebahagian kecil insiden yang berlaku dalam lapangan kerja yang dipilih. Pemotong rumput, pemandu teksi, guru hatta makcik kantin juga punya risiko dalam kerja mereka.

Berbalik pada risiko kerja warga media yang budiman. Aku yakin, setiap jurugambar dan wartawan yang mendapat tugasan ke negara-negara bergolak atau lokasi yang merbahaya tahu akan risiko keselamatan mereka. Bolehkah mereka menolak tugasan itu hanya majikan dan pekerja terlibat yang boleh jawab. Namun, apabila mereka bersetuju, nyawa memang percaturan. Seperti askar yang berperang..tiada jaminan balik dalam keadaan bernyawa. Silap-silap jasad entah di mana.

Semasa aku membuat tugasan bersama bomba beberapa tahun lalu, aku diminta menandatangani satu borang menyatakan aku tahu risiko yang akan aku terima sekiranya berlaku apa-apa kecelakaan (aku menaiki heli mereka). Bila mana aku menerima tugasan itu sendiri aku sudah maklum kalau takdir tuhan terhempas, makanya arwah aku ketika sedang bertugas.

***

Warga media bukannya mewah sangat pendapatan kami. Insurans untuk diri sendiri pun tak tentu ada. Bagi yang beranak-pinak pula, kalau ada insurans pun untuk anak-anak dan tabungan masa depan mereka. Kalaulah masa dalam tugasan meninggal dunia, silap-silap insurans Takaful yang RM 10 itu ajelah jadi sandaran. Paling tidak sumbangan ehsan tempat kerja dan dikenang setiap kali menjelang raya. Jangan silap sangka, aku tak merujuk kepada sesiapa dan kampeni mana.

Aku pernah berkursus dengan pihak Reuters beberapa bulan lalu. Kebetulan jurugambar mereka, Mark Chisholm  juga pernah bertugas di Afghanistan dan negara bergolak yang lain. Antara yang boleh dikongsi ialah setiap wartawan dan jurugambar yang terlibat diwajibkan mengikuti kursus keselamatan. Lebih penting, mereka dilindungi dengan insurans. Ini adalah 2 aspek penting yang patut dititikberatkan oleh semua majikan.

Ini dari sumber Utusan

Noramfaizul tidak dilindungi insurans khas

***

Ya, jaket kalis peluru..ya,dibekalkan senjata atau pendinding dan segala bentuk keselamatan. Apa juga bentuk keselamatan, isunya sekarang ialah jurukamera itu maut.

Aku memang tak faham apakah yang dimaksudkan urusan kerja biasa? Kalau begitu urusan kerja luar biasa bagaimana pula kategorinya? Hanya orang berita sahaja yang tahu nilai berita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *