Masalah Peniaga Kedai Makan Di Malaysia

Bisnes makanan paling mudah dan cepat untung. Mana manusia yang di dunia terutama di Malaysia nie yang tak suka makan. Pacak aje di tepi jalan, bawah pokok atau di kaki lima, jika makanan yang dijual itu sedap makanya beraturlah pelanggan.

Tapi ada sesetengah peniaga yang tidak aku fahami kenapa dan mengapa terlalu berkira. Ya, aku faham kos barang naik, nak bayar pekerja, hutang kau sendiri banyak etc. Aku selalu berdepan perkara berikut dan kalau tak kena dengan mood hari itu lancar mulut aku membalasnya kembali.

– Berkira dengan kertas servet (tisu)-dikerat dua. Secara peribadi aku rasa tisu yang dikerat dua lebih merugikan peniaga sebab lagi keraplah pelanggan menggunakan tisu. Buang masa aje menyagat tisu tu.

– Minuman paling susah dibuat di dunia rupanya air kosong. Kalau tahap malas dan menyampah sangat dengan pelanggan yang suka mintak air kosong lebih mudah rasanya sediakan satu ruang kosong, letakkan gelas dan air kosong. Tampal satu notis mohon kerjasama pelanggan untuk layan diri kalau nak air kosong. Sebagai pelanggan, kalau kena bayaran tambahan pun aku terpaksa akur sebab makanan minuman tu akan jadi darah daging aku juga.

– Tempah menu punyalah cantik hiasan, gambar yang membangkitkan selera dan segala macam hidangan pilihan yang unik dn kreatif. Bila nak pesan, semuanya habis..dah tak buat dan paling epik bagi alasan tukang masak dah lari..

– Perniagaan anak beranak. Punyalah nak mengoptimakan keuntungan sampaikan semua ahli keluarga akan multitasking. Anak dialah bancuh air, dialah masak, ambil pesanan pelanggan dan cuci pinggan mangkuk. Mak ataupun bapak mengikut siapa lebih dominan akan duduk berkipas dikaunter menjadi juruwang dan kalau ada TV pun selera dia jugak.

– Pelayan yang datang ambil pesanan makanan macam pelajar yang dapat 21 A1 dalam SPM. Otak beliau cukup bijak sebab mampu menghafal pesanan pelbagai dari 4 pelanggan lepas tu bila makanan sampai banyaklah yang salah. Susah ke nak catat pesanan?

– “Orang ramai hari ini. Nak cepat order makanan yang sama” kata tokey kedai dgn angkuh. Situasi ini aku boleh panjangkan menjadi satu telenovela sebenarnya…Kalau memang waktu kecemasan, contohnya masa raya semua kedai tutup, awak seorang saja meniaga makanya cadangan itu relevan, tapi berlagak sombong itu tidak. Kalau boleh sediakan sampai 10-15 meja makan tapi tukang masak cuma seorang makanya tokey tu matematiknya lemah tapi mahu kaya dengan meniaga. Lebih murni sekiranya dapat menggunakan ayat seperti “orang ramai hari ini, jika nak cepat saya cadangkan pesan makanan yang sama. Kalau puan sanggup tunggu, takde masalah…”

– Bila nak pesan makanan, reaksi bukan main lambat. Bila nak bayar, baru angkat tangan tak sempat panggil dah sampai bil…

– Juga kes nak bayar – tadi encik makan apa? Itulah sebabnya pesanan makanan perlu dicatat. Takde ruginya meletak sedikit efisyen dalam tatacara menguruskan kedai makan..

Percayalah, pelanggan tak berkira sangat untuk bayar lebih sekiranya servis dan kualiti dijaga. Silap-silap dicanang pada rakan-rakan lagi adalah dan dibawa pula seisi keluarga sebulan sekali menjamu selera di situ.

Apapun aku setuju dengan kata-kata seorang pakcik sekitar 18 tahun lalu masa aku beratur dibelakangnya ketika membeli nasi lemak di Taman Permata. “Jangan kedekut sangat sambal tu…tuhan marah. Saya pun marah, kalau nak tambah duit bagitau saja..Kita nak beli bukannya nak merompak.”

Oh, ada kejadian menunggu roti canai. Orang memang ramai gile. Awak pun tanyalah, “pacik, lama lagi ke?” Tanya aje, tuan puan…small tak kata orang Irish. Eh, tak menahan temper pulak “kalau nak cepat kena tolonglah saya uli doh ni,ha…pekerja semua cuti saya sorang aje jaga kodai”.

Ewah…terus aku basuh tangan, lipat lengan baju dan tolong pacik tu. Setakat mengelepai-ngelepai doh, tarik-tarik lipat 4 segi tarak hal. Jangan kau mintak pattern bulat, tak reti aku nak buat. Dari muka ketat, terus senyum ucap terima kasih dan merasalah makan free sebab aku tolong sampai roti canai jualan dia habis. Aku pulak pau dia kopi ais dua gelas.

Begitulah Kak Benny mengulas panjang lebar pengalaman di kedai makan. Mungkin korang pernah melaluinya juga. Share la kot ada yang pelik-pelik boleh aku jadikan pedoman.

Ini belum menerobos cerita kantin disebuah premis nan tersergam agung di puncak angkasa. Lagi macam-macam cerita. Itu aku KIV.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *