Manggis Yang Bodoh


Satu hari, aku bercita-cita untuk memakai Berri Hitam. Perasaannya seolah-olah Suria Perkasa Hitam bakal dapat motor baru. Sungguh eksaited gaya mutu dan keunggulan.


Adapun, pemakaian Berri Hitam mesti disusuli dengan perantara yang hanya ada lebih kurang cukup jari di tangaan kanan atau kiri – bukan kedua-duanya. Bila sebanyak itu pilihan yang ada, aku terpaksa memilih skim yang berbaloi – tidak seperti skim PTPTN ya rakan-rakan.

Seharian membuang masa, tenaga, peluh dan sel mati di tengah-tengah segitiga emas di Kuala Lumpur. Orang kata sana senang. Semua ada..Jadi tak perlulah berjalan jauh kalau tak berkenan di hati.

Semua tempat aku masuk..Toyol kuning, toyol biru, kapal terbang merah dan lain-lain warna pelangi. Dapat aku putuskan dalam mesyuarat setiap kampeni menawarkan pakej yang da bomb. Dalam jiwa raga aku telah memutuskan untuk mendapatkan ‘Lampu Suluh’ sebagai teman handjob dikala kebuhsanan.

The moment…tersasul. Bila masa aku mahu mendaftarkan nama yang murni pemberian arwah Khairi ini alangkah tergezutnya aku. Nama ini telah disenaraihitamkan atas sebab-sebab yang tertentu katanya. Mulalah aku menjadi Mazidul di situ. Oleh siapa? Kenapa? Bagaimana dan bile masanya?

Soalan asas komunikasi itu tidak dapat dijawab dan aku diminta berhubung terus dengan Manggis yang telah memangkah nama aku dengan cat hitam. Tapi kena pergi dekat call center sebab tempat lain tak boleh..Begitu pesanan penaja yang aku terima.

FOA – servis manggis memang smartilembabnakmampus! Aku kena tunggu lebih kurang 10 nombor tapi ambik masa dekat 40 minit nak tunggu nombor aku dipanggil. Jadi bila sampai giliran aku didepan kaunter, dengan muka yang manis aku bertanyalah kenapa gerangan nama aku disenarai hitam.

Bersungguh-sungguh petugas itu membantu. Aku kasi kredit jugalah atas usaha dan bakti membuat kerjamu itu. Dalam 5 minit, ini kisahnya.

“Cik kena blacklist sebab tak bayar broadband”
Tapi saya tak pernah miss bayar. Lagipun senarai blacklist tu tahun 2008. Saya masih menggunakan broadband sampai sekarang. Macam mana tu?
“Sekejap ya Cik…”

Mudahnya gini..Aku gunakan nombor nie sejak 7 tahun lalu dan mula guna broadband sekitar tahun 2008 gitu. Bile kontrak tamat setahun, aku renew lagik setahun. Dan aku membayar penggunaan dengan disiplin yang tinggi dengan bantuan cimbeng online.

“Cik,masa penukaran broadband terdahulu ada baki tertinggal (bukan tertunggak ya)..Jadi cik kena selesaikan dulu barulah boleh dikeluarkan dari senarai hitam..

Aku agak terbakar jugak sebab dah dekat 2 tahun takde siapa-siapa pun pekerja manggis pernah telefon aku bagitau bil tertinggal/tertunggak. Alih-alih kena blacklist. Yang bangangnya – Manggis blacklist Manggis user ??!!

Sebab nilainya tak banyak dan sebab Berri Hitam, aku bayarlah jugak. Nasib baik tak banyak mana. Dan jawapan pada soalan ini membuatkan aku terus blah.
Berapa lama nama saya akan dikeluarkan dari senarai hitam tu?
“Dalam sebulan cik..”
SEBULAN???

Owh, susahnya..and people always say how bad government punya service compared tu delete nama tak buat dosa besar nie makan sebulan lagi kronik le kampeni nie. Manggis betol!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Manggis Yang Bodoh”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *