Mana Mau Pergi?

Mama den masa bercuti di Impiana 3 tahun lepas..

 

Seminggu dua ini kepala aku cepat sangat sakit. Semua benda macam menyakitkan. Aku lama tak tengok laut. Aku juga lama tak balik rumah bersembang dengan mama lama-lama. Dulu rajin juga aku bawa mama berjalan-jalan. Tapi akhir-akhir ini hanya sibuk alasan paling logik di bibir aku saban hari.

Tengah hari nanti aku tak peduli…Aku nak bawa mama bercuti. Masalahnya tak tahu ke mana. Tapi kalau sebut laut rasanya macam melonjak nak ke Cherating. Itu syurga…dan membawa syurga aku bersama bermakna dua kali syurga!

Semoga tiada aral menghalang hasrat ini. Ia telah diluluskan oleh tuan tabib..Aku sudah membuat senarai apa yang perlu dibuat sebelum trip ringkas ini dimulakan. Tak dapat pangkah semua, pangkah 3/4 darinya juga formalin.

Aku rindu pada mama…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *