Mana Ada Benda Mudah Adik Oi…

image

Masa matriks dahulu, aku dapat kosong..kosong..kosong Najwa Latiff untuk kertas Introduction To Masscomm kalau tak silap. Sungguh, telur ayam sebijik di awal kelas ditengah kotaraya memang pengalaman ngeri. Aku pernah dinasihatkan untuk tarik diri dari MC atau tukar kursus-kononnya aku tiada prospek di sini. Seorang rakan kelas yang hebat sangatlah konon pernah katakan di kedai makan Seksyen 2, dia tak nampak prospek aku dalam penyiaran. Itu buat aku sedih, kecewa dan panas hati. Ibarat bila jam rosak, takkan nak lempar kat lombong bila boleh ditukar bateri. Lama-lama tu barulah dapat rentak apa yang perlu aku belajar dan cara mengatur jadual sebaik-baiknya. Tidaklah melingkup aku di situ dan naik ijazah berbintang jua masa konvo. Tugasan bertimpa, ahli kumpulan macam kemak dan macam-macam aral pernah aku lalu. Nak melayan perasaan angkara bengapnya orang lain memang tak balik modal selain buang masa dan buang letrik. Hey, itulah asam garam zaman belajar. Rugi tak lalu masa itu kerana pengalaman ini semualah yang membantu menangani puaka yang sama di masa depan. Untuk itu, kesat airmata…sikat rambut. Susah-susah masa sekarang mudah-mudahan cerah masa depan. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali kecuali bila kena majal, balas sekali aje tapi dengan kesan bunyi dan kesan tekanan perasaan kekal pada batu aked tu. Good luck..perjalanan masih jauh. Aku yang separuh syuruk nie pun gigih lagi.. Ps: Lagi satu,kurangkan meroyan. Ikhlas-kakak engkau…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *