Maman Teacher’s Pet Mini Showcase, MaudeKL

Akhirnya, jemputan menghadiri showcase Maman aku terima petang Sabtu lewat sms. Terima kasih kepada MaudeKL atas undangan.  Masa sms diterima, aku tersenyum kegirangan dalam kelas dan pembentangan yang berlaku depan mata tidaklah merengsakan sangat. Hadi juga mendapat jemputan yang sama. Dia sekadar ok ok sahaja berbanding kadar keterujaan aku yang berganda. Oh, sudah pasti..

Ritze Perdana satu lokasi yang asing..berputar kami mencari akhirnya berjumpa dengan bantuan kakak cleaner dikejiranan tersebut. Kebetulan di MaudeKL aku berjumpa dengan kenalan di UiTM yang masih aku ingat namanya, dia aje lupa nama aku ­čÖé

Kami sampai sekitar 4.15 petang. Diruang pendaftaran, aku mendaftarkan diri dan diberikan press kit tentang acara hari ini. Sebelum showcase berlangsung, tetamu dipersembahkan dengan fashion show pakaian keluaran MaudeKL. Sepatutnya acara bermula jam 4.00 petang tapi Maman mahu mulakan selepas waktu asar. Respect….!

Show bermula lebih kurang jam 4.45 petang. Maman memulakan persembahan dengan lagu Seringkali diikuti dengan sebuah lagu baru. Saiful Apek tak semena-mena ┬ámuncul dengan kasut berodanya dan turut sama menyanyi bersama Maman diiringi percussion oleh Reza. Aku cuma ingat “7 more songs’ yang dilaungkan Apek setiapkali Maman selesai menyanyikan lagu. Dalam showcase ini, Maman turut menyanyikan lagu wajib Kasihku Pinjam Wajahmu dan Warisan Wanita Terakhir (lagu wajib karoke tu..)

 

Ia adalah satu show yang sangat indah pada aku.. Kalau ada yang tak kena hanyalah kedudukan pentas membelakangkan tingkap. Abis backlight semua gambar. Mendengar lagu-lagu Maman seolah-olah aku terasa masih di alam sekolah menengah. Tolak kaset M.Nasir dan Kembara, inilah lagu-lagu yang menemani aku membuat kerja sekolah, kerja rumah, mengecat sepanduk dan peneman sebelum tidur. Aku ingat lagi, kalau track ‘Eh, Keras Tu’ keluar, aku akan cepatkan jika arwah abah ada..Runsing katanya.

Album Eh, Keras Tu aku usha di sebuah kedai kaset di Taman Melawati berminggu lamanya sebelum cukup duit untuk aku beli kaset tersebut. Album Kasih Kupinjam Wajahmu aku dapatkan di toko kaset Ampang point sebelum yang pertama tidak dipulangkan oleh saudara yang meminjam dan yang kedua ini putus pitanya bahana radio cap ayam yang dibeli di Mydin Chowkit (entah wujud lagi ke tidak tempat nie..)

Again, thanks to MaudeKL. Jempat melawat blog mereka dan sembah dewa atas koleksi merea yang meletops!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *