Malaysia Berkabung

mh

22 Ogos 2014…

Seluruh rakyat Malaysia berkabung dan memberikan penghormatan terakhir buat warga kita yang terkorban dalam nahas MH 17. Bendera dinaikkan separuh tiang, gema bacaan Yasin dan ayat-ayat suci berkumandang menggamit sayu siapa juga yang mendengarnya. Stesyen radio memainkan lagu berentak perlahan dan acara hiburan ditunda.

Sedari semalam aku sudah merasakan kehibaannya. Terbit juga rasa sedih kerana tidak terlibat secara langsung dalam acara besar negara ini.

Sebenarnya banyak yang mahu aku lahirkan ekoran peristiwa besar ini. Tapi aku tangguhkan dahulu kerana biarlah hari ini kita semua bersedih atas satu sebab yang sama.

Apapun, terima kasih Red.fm atas pengisian program yang ilmiah pagi tadi.

red

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *