Mak, Nak Duit Sarapan…

mekdi

Mula-mula dulu, aku bayangkan seronoknya kalau boleh duduk di kondominium/apartment yang di bawahnya ada pasaraya atau pusat beli belah. Tidak perlu bersesak mencari tempat letak kereta  dan boleh merancang aktiviti membeli-belah bila-bila masa sahaja.  Kalau lapar, turun sahaja dengan berseluar pendek, berbaju kelawar atau singlet apek. Tentu banyak kedai makanan segera yang mampu memudahkan hidup anda di situ.

Ia memang indah, terutama kalau hidup bujang. Kalau dah beranak-pinak nie akan jadi payah. Sudahlah payah, mengabiskan duit juga.

Bayangkan kita hidup dalam keadaan serba-serbi mengejar masa. Sampai masak pun jatuh kategori tak sempat. Jadi anak-anak terbiasa membeli dan sebagai ibubapa dan pengecap duit sejati, tentu-tentunya duit kita yang diminta.

Mak, nak duit..nak sarapan kat bawah.

Nah, RM 5..jimat-jimat belanja ya nak.. (dialog purba amat)

Mana cukup. Mak, nak RM15 nak makan kat kopitiam..

Sekarang kita rasa situasi itu mengarut, sebab tak kena dengan kita. Tak payah lama…tunggu ajelah 5-10 tahun lagi. Kalau tak percaya, pergi tanya kawan-kawan yang duduk dekat lokasi yang sebegitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *