Mabuk Bunga Di Floria Putrajaya 2011 – Bhgn 1

Ala, tomei...

Jujur cakap, aku tak berapa arif pasal bunga. Bunga pun aku tak minat sebenarnya. Seumur hayat hanya sekali aku dapat sejambak bunga, itupun daripada Hadi masa konvokesyen tahun 2004. Sesungguhnya benar kata pepatah ibarat beruk dapat bunga sebab masa tu menyerongen aku sorang-sorang. Nak cium tak cium bunga tu, dah letak mana dan bole campur dengan nasi gorengkah kalau dah layu?

Kerana kerja, aku di Putrajaya untuk menerbitkan lintas langsung Floria Putrajaya 2011. Dengan tema Mawar Untuk Selamanya, mabuk mawar aku di sana. Kiri kanan jalan semuanya bunga ros. Cakap aje warna apa – merah, kuning, oren, unggu, merah separuh, kuning separuh segala mak nenek warna semua ada.

Walaupun cuaca awal pagi tadi tak berapa mengizinkan, lintas langsung berjalan lancar. Kalau aku terjerit-jerit pagi tadi dan ada yang sakit telinga mohon maaf ya,nak buat macam mana. Sudah suratan pagi tadi sedikit terkejar-kejar. Apapun, 3 kali pengisian untuk SPM berjaya dilunaskan.

Terasa juga ingin menjelajah 15 ekar kawasan pameran. Tapi mengenangkan esok pun aku akan ke sana, maka esok ajelah aku selongkar jajahan pameran yang ada. Mata pun pantang fikiran bingung terus lelap. Ini pun tersengguk-sengguk ku tahan Jebat.

Cik Lebah..

Pesta ini bermula 9-17 Julai 2011. Hari pertama mungkin ramai teragak-agak nak datang sebab malaun punya hal jalan banyak sekatan polis. Tapi ada hari berbaki, kalau boleh singgahlah. Apa yang aku nampak tadi ramai ibubapa sekitar Putrajaya datang dengan anak-anak dan budak-budak tu terjerit-jerit tengok replika binatang. Budak mana tahu sangat nilai bunga. Yang dewasa pulak terbelek-belek bunga-bungaan yang ada. Yang hebatnya, kebanyakan yang lama mengadap bunga orang lelaki.. Yang perempuan kesian tangan kiri kanan memegang anak-anak 🙂

Cik Ladybugs

Kaki fotografi memang dah berkumpul di situ. Dengki tak dengki aje tengok kamera diorang yang 3 bulan gaji aku tak tentu mampu nak beli. Kalau nak ambil gambar feeling -feeling Teratai Layu Di Tasik Putrajaya atau Pelamin Anganku Diroboh Majlis Bandaraya sesuai sangatlah..Cuma pesanan ikhlas, kot ya cantik bunga tu janganlah menjerit macam kena polong. Buruk benar awek bertudung berkelakuan sedemikian rupa.

Kalau mahu info lanjut layari sahaja laman web Perbadanan Putrajaya.

Malam ini ada pertunjukan bunga api dan perarakan bot berhias. Silalah datang jika ada masa terluang. Aku tak dapat pergi sebab esok paginya sebelum cicak bangun aku kena ada di Putrajaya untuk lintas langsung SPM dan berita.

Bro nie semua bunga dia amik gambar..Nasib tak tersungkur

p/s : Esok gambar bunga close-up. Guna BB kabur segala semua…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *