Losyen Kelamin…

Losyen Cap X

Amat tergaruk-garuk..dah macam beruk lagaknya. Tak cukup dengan tangan, mengesel dengan dinding, dengan kain pun sudah, dengan garfu aje belum. Elergi makanan laut atau kena buatan orang? Entahlah…

‘Amat, ko kena carik losyen kelamin..’ bisik Syam sambil memandang kiri dan kanan. Sulit amat perbualan untuk membantu Amat. Syam nak menyebutnya pun malu-malu alah.

Losyen kelamin..losyen kelamin…mana nak cari? Itu saja penawarnya..

Mahu tak mahu Amat gagahkan diri berjalan menuju deretan rumah kedai. Perlahan pintu dikuak dan sorotan mata makcik separa abad dengan cermin mata diparas hidung memandang tajam.

“Ya, nak carik apa?”

Amat tolak Syam..Syam tolak Amat balik. Masing-masing malu nak cakap..

“Errrr….losyen….losyen..KELAMIN! penuh segan Amat menjawap. Lalu disingkap daerah kegatalan yang merengsa.

Pantas makcik itu mencapai sesuatu dari deretan botol di almari. Sebelum losyen diserahkan sempat disyarahkan 2 sekawan sengal..

“Adik, ini namanya LOSYEN CALAMINE. Itulah pentingnya English Education…”

Syam dan Amat tertunduk malu…Amat lebih malu, sebab makcik itu bakal mertuanya.

SEKIAN.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *