Logo Hari Kemerdekaan Ke-55

image

Semua orang punya pendapat tentang logo merdeka tahun ini. Bukan sahaja logo,temanya juga mengundang diskusi berpanjangan.

Secara peribadi, aku tidak berdaya untuk meletakkan kesalahan jenaka tahun ini pada pereka logo. Sebabnya, dalam kadar kekreatifan yang ada dia terpaksa akur dengan pindaan ketika sessi percambahan minda. Aku dapat bayangkan komen-komen `ilmiah’ yang diterima dan idea-idea yang menyusul. Kalau aku silap, malulah pereka itu setiap tahun dengan logo warisan dunia karyanya itu.

image

Aku tak pasti ada atau tidak pertandingan mencipta logo merdeka untuk tahun ini. Jika di atas adalah yang terbaik, nyata ada sebab yang nyata aku dapat 4 dalam kertas Pendidikan Seni SPM dulu. Aku tak arif menilai..

Rekaan logo ini pada aku tak ubah seperti Proton Juara.. Ia lelucon sepanjang zaman. Untuk itu suka aku ingatkan diri aku, jawatan tak menghalalkan keputusan seorang pemegang kuasa. Jadi, `exit policy’ nasib baik tak menjadi eh…

Mari lihat siapa yang kena..

Ps: logo semua ehsan google..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *