Legenda Panglima Lidah Hitam..

Alang-alang di Muar, kami terus merencana lokasi seterusnya untuk dikunjungi. Difahamkan kira-kira 5 km dari Tanjung Agas ini adanya satu makam guru silat iaitu Makam Panglima Lidah Hitam. Kami terus ke sana. Sayangnya yang ada hanyalah satu kubur di sini jalan tanpa keterangan. Jadi info dibawah aku dapat dari laman ini.

Panglima Lidah Hitam atau nama sebenarnya Baginda Zahiruddin dipercayai berasal dari Padang Pariaman, Minangkabau Pulau Sumatera Indonesia. Makam beliau boleh dijumpai di Kampung Parit Sakai Jalan Joned Muar. Pada bumbung makam ini jelas tertulis “PANGLIMA LIDAH HITAM, BAPAK SENI SILAT LINTAU DI MALAYA”. Menurut sejarah, beliaulah orang yang pertama memperkenalkan silat Lintau di Indonesia dan seterusnya ke Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke 16. Menurut ceritanya lagi dalam perjalanan beliau ke Mekah untuk menunaikan haji, beliau telah singgah di Padang (nama asal kawasan Parit Sakai hingga ke Parit Jamil). Memandangkan cuaca agak buruk dan sementara menantikan angin yang baik beliau singgah agak lama di Padang. Di Padang beliau bertemu Orang kaya Bauk, pemerintah Padang waktu itu. Orang kaya Bauk meminta pertolongan beliau mengajar seni silat Lintau kepada anak-anak muda di situ kerana beliau sangat handal dalam seni ini. Kebetulan pada waktu itu angkara lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka. Oang kaya panglima Bauk meminta kerjasama Panglima Lidah Hitam untuk menghapuskan lanun-lanun ini. Pada tahun 1716, satu pertempuran hebat telah berlaku di muara sungai Muar diantara Angkatan Padang dengan lanun-lanun berlanjutan selama beberapa hari. Akhirnya angkatan Padang berjaya menumpaskan sebahagian besar dari lanun-lanun. Namun di akhir pertempuran kapal yang dinaiki Panglima Lidah Hitam berjaya dikaramkan oleh saki baki lanun. Beliau dan beberapa pengiringnya telah lemas.Kematian beliau tidak disedari oleh pengikut-pengikutnya kerana sibuk bertempur. Sehinggalah setelah beberapa hari tamat bertempur, seorang penduduk Parit Sakai telah ternampak dua mayat terapung tersangkut pada pokok Tuak di kuala parit tersebut. Memandangkan hari telah senja, mayat-mayat itu dibiarkan saja terapung. Pada keesokan pagi, barulah orang-orang kampung datang membawa mayat-mayat tersebut ke darat. Satu daripada mayat itu mempunyai lidah yang panjang berwarna hitam dan berbulu. Anehnya mayat ini tidak busuk dan reput walaupun sudah beberapa lama berada di dalam laut.Mayat yang berlidah hitam itu telah dimakamkan di tepi Parit Sakai. Setelah dimakamkan satu perkara ganjil telah berlaku pada keesokkan hari. Satu tumbuhan batu telah timbul di atas kedudukan kepala makam tersebut yang berbentuk lidah dan berwarna hitam cerah. Apabila malam bulan purnama, batu itu akan bertukar warna menjadi hitam pekat.Oleh sebab keganjilan berlaku di makam itu, ia telah dianggap keramat oleh penduduk-penduduk di situ dan dipanggil “KERAMAT LIDAH HITAM”.Makam ini telah diakui lagenda sejarah dan pada tahun 1977,  Dato Samad bin Idris, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan waktu itu telah datang melawat dan merasmikan bangunan baru makam Lidah Hitam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *