Laos : Tubing!

F.R.I.E.N.D.S sangat popular di sini

 

Selepas penat hampir 5 jam berpanas, petang itu kami meronda-ronda mencari makan santapan tengah hari. Seperti yang aku nyatakan dahulu, di sini yang halal hanya Restoran Nazim. Tapi tak mahulah aku makan di tempat yang sama sahaja, sementelah kedai itu mengadap jalanraya dan tidak memasang F.R.I.E.N.D.S, sebaliknya cenderung memasang ESPN.

Seperti biasa, menu aku hanya Four Seasons Pizza dan juga Kopi Lao. Hadi tetap setia dengan coconut shake. Perasaan tamak dan dahaga yang melampau menyebabkan dia terus pesan 2 gelas sekaligus. Pizza dia tak sesedap pizza sama jenis malam tadi. Seperti biasa, kami layan F.R.I.E.N.D.S sebelum meneruskan perjalanan mencari lokasi “tubing”. Sempat kami mengambil gambar pemandangan yang cantik di sini.

Salah satu tempat di Vang Vieng

 

Lokasi tubing ini agak susah nak cari. Ini kerana semua papan tanda ditaja oleh Beerlao. Kami tak perasan sangat sebab ingatkan restoran. Tubing ialah tayar-pelampung yang mana kita duduk dan berlayar di atasnya kira-kira 3km. Tapi aku tak buat..Selain disebabkan datang bulan, aku tak tahu berenang dan air sungai agak deras dan dalam. Cukuplah sekadar memerhatikan kegembiraan pelancong lain mabuk-mabuk dan berendut tak tentu hala.

Tubing time..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *