Laos : Popular View Guesthouse, Vang Vieng!

Suasana dari beranda...

Kata Hadi, rumah tamu yang disewa ini betul-betul mengadap Sungai Namsong. Ia ditempat secara dalam talian dengan harga RM 95. Memang bajet kami bercuti hotel dalam lingkungan harga RM 100-RM 150 sahaja. Melihatkan keadaan rumah tamu ini dari luar,aku langsung diam. Ia tak ubah rumah kedai 3 tingkat yang penuh dengan bilik-bilik kecil. Ada kerja-kerja pengubahsuaian rancak dibuat dikawasan ini. Bunyi mesin pemotong mendominasi suasana.

Tatkala pintu bilik dikuak, oklah..boleh tahan selesa dan ada penyaman udara yang padu. Itu penting..Vang Vieng agak panas ketika ini. Tapi untuk kondisi cuaca, ketika ini ialah musim hujan. Bila kala penjaga rumah tamu ini membuka pintu luar, aku menjerit kecil. Subhanallah…!! Cantiknya bilik yang aku dapat. Aku hampir memeluk dia, tapi segera aku paut Hadi. Selepas dia keluar dari bilik, berkali-kali aku sebutkan kecantikan suasana di rumah tamu ini dan kami bergambar tanpa melengahkan masa.

Jambatan ke seberang sana..

Nun di luar sana, sebatang jambatan menghubungkan orang ramai dengan sebuah lagi kawasan rumah tamu dan restoran pinggir sungai. Malam nanti aku dan Hadi mahu mencuba melepak di sana.

Kami sangat letih…tanpa sedar kami tertidur sampai jam 9 malam waktu Malaysia (pukul 8 malam waktu tempatan).

Gunung-ganang yang menyegarkan mata, hati dan jiwa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *