Laos : Inilah Vang Vieng!

Pemandangan di Vang Vieng dari dalam bas

 

Aku turun dengan perasaan gembira dan bersyukur. Tiada lagi bas berhenti membeli baguette dan duduk dengan sengsara. Tuk-tuk mula berebut menawarkan servis tapi kami memilih untuk berjalan. Berdasarkan peta,dari tempat kami berhenti ke rumah tamu hanya 500 meter sahaja.

Vang Vieng sangat tenang..Ia dikelilingi gunung-ganang. Aku mohon pada Hadi untuk makan dahulu sebelum mendaftar masuk ke rumah tamu. Aku sangat lapar dan dahaga. Cuaca agak panas pula. Di sini ada satu sahaja restoran Muslim iaitu Restoran Nazim. Restoran ini selain halal,ia seperti mamak di Malaysia. Yang penting, wifi percuma! Aku mahu memberitahu ahli keluarga aku sudah sampai di bumi Laos.

Restoran Nazim

 

Untuk pertama kalinya,kami berdua mencuba kopi Lao. Pergh, sumpah sedap! Tetapi di sini sangat manis pula. Bole diabetes kalau minum setiap hari. Aku memesan mee goreng ayam manakala Hadi memesan tandoori 1/2 ayam  dan cheese nan. Saiz makanan di sini semuanya sangat besar. Lain kali, cukup setakat memesan satu makanan dan dikongsi bersama. Harga – murah dari Malaysia. Tak silap kurang 70,000 kip (RM 28). Untuk ayam setengah ekor pesanan kami yang lain,aku sifatkan ia berbaloi dan murah.

Dia sangat lapar..

 

Perut dah kenyang, hati pun sedikit senang. Seterusnya kami berjalan mencari Popular View Guesthouse. Ia terletak kira-kira 200 meter dari restoran ini. Kami berjalan kaki dengan perasaan yang sangat kekenyangan dan keletihan ekoran ekspedisi naik bas tadi yang betul-betul menduga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *