Laos : Gunung-Ganang dan Gua Di Mana-mana..

Suasana pagi dari dalam bilik..

Pagi itu aku bangkit dari tidur yang sangat lena dan panjang. Laos waktunya lewat satu jam dari Malaysia. Pastinya keletihan naik bas dan tidak keselesaan kerana datang bulan menyebabkan aku tidak ambil pusing untuk bangun awal menikmati subuh hari di bumi Vang Vieng. Sedar-sedar Hadi sudah pun bangun dan mengambil gambar suasana subuh sendirian.

Selepas bersiap dan sarapan, kami menyewa motorsikal untuk meronda-ronda di sini. Sewa motorsikal sehari ialah 70,000 kip (RM 28) ataupun 40,000 kip (RM 16) untuk separuh hari. Kami sewa untuk sehari memandangkan pekan ini agak kecil. Kalau bosan, ronda-ronda sahaja sampai lebam. Minyak penuh pula berharga 30,000 kip (RM 12). Iya, minyak sangat mahal! Isi penuh pun seakan tak luak untuk perjalanan kami sehari meronda.

Keadaan jalan ini kategori sangat baik..ada lagi menduga

 

Seperti yang aku nyatakan, di sini banyak gunung dan gua. Tak terjelajah semuanya sebab faktor jalanraya yang sangat kasihan. Untuk memulakan agenda, kami bercadang ke Pou Kham Cave dan juga Blue Lagoon. Ini kerana ia berada di tempat yang sama. Jadi kira dua dalam satu permulaan pengembaraan kami.

Jalan dipisahkan dengan Sungai Namsong. Untuk melaluinya, pelancong dikenakan bayaran atau kata mudahnya, kena tol. Tapi tidaklah mahal sangat. Satu kepala dalam 2000 kip – 3000 kip kalau tak silap. Dan untuk masuk ke kawasan ini juga dikenakan bayaran lebih kurang sama.

Dakwaan hahaha...

 

Sepanjang perjalanan mencari Blue Lagoon, banyak papan tanda yang mendakwa tempat mereka ialah “Blue Lagoon yang sebenarnya”. Terpulanglah kepada anda untuk memilih yang mana. Tetapi kebanyakan review mengatakan Blue Lagoon di Pou Kham Cave ini adalah yang soheh dan terbaik. Ya, memang cantik..

Nak lompat, tetapi...
Tangga untuk ke Pou Kham Cave

 

Sayangnya, kerana aku datang bulan kami tidak masuk ke dalam gua. Hadi enggan masuk seorang. Aku tak berapa selesa nak merangkak-rangkak dalam itu dengan keadaan sebegitu. Cukuplah kami memerhati dari jauh. Kami hanya berehat di bangsal kecil sambil memerhatikan satu keluarga dari Perancis bergembira mandi di Blue Lagoon.

Mereka sangat riang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *