Langkah Pemula Azam 2014 …

phd3

Membaca kembali catatan lama, aku rasa hidup dan punya matlamat. Alhamdulillah, seawal Februari aku telah mula mengorak langkah untuk menjayakan salah satu azam yang aku tanamkan – menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah. Aku tidak memohon pun sebenarnya. Tapi tawaran itu datang tanpa disangka-sangka.

Aku tersepit antara keinginan untuk sambung belajar dan masalah-masalah yang bakal menimpa untuk aku meneruskan hasrat ini. Banyak faktor yang perlu difikirkan. Faktor kewangan seakan menjadi penghalang, tapi boleh aku usahakan dan dalam hati aku yakin aku boleh bertahan sekiranya gaji aku kembali pulih sedikit masa lagi. Faktor masa itu yang aku risaukan. Masa untuk ke kelas, masa dengan anak, masa dengan keluarga dan masa dengan rakan-rakan pastinya rumit untuk dicatur. Tapi aku yakin dengan pengurusan masa yang betul dan pengorbanan aktiviti berfoya-foya aku mampu melakukannya.

phd2

Ekoran pendaftaran sebagai pelajar baharu Sabtu lalu, maka secara rasminya solid sudah matlamat aku untuk mengubah nasib aku dan keluarga. Selaras itu juga, dalam masa yang sama aku mula mencari prospek yang sesuai untuk aku fikirkan sekitar 5 tahun mendatang.

Bukan mudah untuk gapai semua benda tapi aku sebagai manusia yang tidak mengenal puas mahukan semuanya. Orang nampak pengakhiran usaha kita yang berjaya sahaja. Tetapi ranjau berduri dan rintangan yang kita lalui tidak pernah diambil peduli.

phd1

Aku mengharapkan usaha aku dalam tempoh 3 tahun ini akan membuatkan suami, anak dan keluarga aku bangga. Jika ada yang bercita-cita ke arah itu kerana terpanggil dengan apa yang aku lalui, ya…aku turut bangga 🙂

download

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *