Lamanya Tak Bercuti…

935580_602350773116481_1967935598_n

Tak boleh jadi. Sudah 3 tahun aku tidak bercuti ke luar negara. Kali terakhir roadtrip ke Krabi ketika Eskandar Dzulkarnain berumur 8 bulan dan aku tengah mengandungkan Ezzudin Dzulfikar. Lepas itu, nada! Semuanya bercuti dalam negara sahaja.

Aku berazam tahun baharu 2016 ini untuk mula berjalan ke luar negara. Kalau luar negara itu setakat Thailand sekali pun tak apalah. Asalkan aku merasa berjalan ke negara orang.

Sudah lama sebenarnya aku tidak bercuti berdua sahaja. Kali terakhir, kami ke Laos. Oh, aku rindu masa-masa travel berdua. Mencuba benda-benda baharu bersama, merasai pengalaman eksotik dan erotik bersama (jangan muntah) dan mencuba pelbagai makanan yang tiada di Malaysia. Masa travel berdua ini yang akan menguatkan hubungan dan dalam masa yang sama menduga hubungan juga. Tetapi kesimpulan setiap percutian, hubungan kami akan lebih erat berdua. Itu lebih penting.

Jadi menjelang hari lahir aku 2 minggu lagi aku mengusulkan untuk menyambutnya di luar negara. Nak pergi mana – tak tahu lagi – tak kisahlah, asal luar dari Malaysia. Dekat 2 hari aku menjadi mengunjung laman web Airasia, hotel.com, dan Agoda yang komited.

Nak ke Indonesia, aku terasa amat rindu dengan bumi Thailand. Tapi kalau Thailand nak ke mana? Nak mengulang Krabi, Phuket, Hatyai, Koh Samui dan Koh Phangan lagikah?

Aku mahu pergi ke tempat yang aku belum pernah pergi. Yang aku tak tahu apa yang menarik agar dapat aku selongkar istimewanya. Belek punya belek, skrol atas bawah dan bincang ala kadar akhirnya keputusan tertancap di…

Pattaya…

Aku tak tahu apa yang menarik di sana selain kehidupan malam yang dikatakan sangat meriah. Tapi mengenali Thailand, semua kehidupan malamnya indah dan mempersonakan bagi manusia yang pandai mencari.

Pattaya it is… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *