Lalalalala….I LOVE CHERATING!

 

2 hari sekolah anak-anak tutup disebabkan jerebu. Runsing aku memikirkan giliran siapa pulak nak kena amik cuti jaga anak-anak ni. Jadi buat apa nak gaduh-gaduh, moh kita cuti sama-sama.

Mana mahu lari? Hampir semua kawasan yang aku suka penuh jerebu. Mujurlah Cherating sangat okay. Cherating memang sanctuary aku sejak dulu. Kalau aku lari dari kehidupan, cari sahaja aku di Summit USJ atau Cherating. Sayangnya Impiana Hotel sudah tutup. Di situ adalah syurga ketenangan duniawi aku. Aku sangat bahagia duduk di situ.

Kalau bukan Impiana, Residence Inn pilihan kedua. Ini juga terbaik walaupun tidaklah turun-turun bilik terus nampak laut. Asalkan ada kolam renang, aku okay.

Di depan Residence Inn adalah Cherating Bay Resort. Tapi rasanya tidak beroperasi lagi. Penuh semak-samun dan tidak terpelihara. Terus aku tanya Hadi, ingat tak tempat ini?

Tak mungkin dia lupa…itulah tempat kami berbulan madu. Ingat lagi mandi sampai 3:00 pagi dan kemudian terdampar kekenyangan membaham sata satu beg plastik besar. 14 tahun sudah memori itu…

Lately aku sangat enjoy memandu jauh. Sambil layan lagu, dapat layan emosi dan permandangan juga. Tapi impian untuk memandu sampai Kelantan atau Terengganu belum tercapai lagi. Walaupun aku sempat memandu ke Kuala Terengganu untuk mencuba Nasi Dagang Atas Tol (elok sampai aje kedai dah tutup) tapi itu bukanlah perjalanan straight dari KL..

Always next time Benny…Always next time.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *