Kusut Mencari Kasut..

image

Sejak larian KFC dua minggu lepas aku mulai rasa seronok berjalan, berlari dan memecut. Zaman sekolah dulu memang stamina banyak. Sejak semua itu ditinggalkan, agak payah nak dapat momentum itu balik. Berdasarkan keseronokan baru ini, aku berhasrat untuk menjadikan larian satu terapi. Aku sendiri sudah mendaftar masuk beberapa acara sebegini dalam waktu terdekat selain mulai mencari informasi bersangkutan untuk bulan-bulan mendatang.

Kasut nampak enteng tapi ia sangat penting. Kasut yang tak sesuai boleh menyebabkan ketidakselesaan dan terpeleot yang sakitnya berhari-hari nak sembuh. Jadi aku memang cerewet di situ. Kalau kasut asal pelupuh, aku tak kisah sangat selagi ia cantik,selesa atau oren. Selalunya atau oren tu faktor mendorong.

Pencarian mencari kasut berlari yang selesa dan oren ini sungguh tragis…Ia sama ada oren dan mahal, oren dan berat atau oren-ringan-dan-mahal. Terdiam kejap memikirkan jika aku membeli sepasang kasut sebegitu dengan harga RM 450. Mau hari-hari berlari sambil menangis-nangis. Kasut paling mahal dalam sejarah aku ialah kasut paku atau spike shoe yang aku menangis-nangis minta mama dan abah beli sebab aku wakil sekolah,zon dan daerah untuk acara berlari-lari ni. Itupun berjaya selepas memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh mereka.

Disebabkan pencarian dua hari itu tidak berbaloi dari sudut kewangan dan juga bahan bakar dari Zhafrie, akhirnya aku setuju untuk membeli kasut Power sahaja. Ia murah, sangat selesa walaupun tak oren. Harganya RM 66 sahaja. Kalau sungguh aku aktif selepas ini, akan aku pertimbangkan membeli yang berjenama-oren-ringan dan mahal. Itupun kena buat rayuan hari pahlawan pada Pak Mat ha…ha..ha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

2 thoughts on “Kusut Mencari Kasut..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *