“Kursus” di Thailand dan Lagu Negaraku..

bendera

Semalam aku menonton wayang di MBO. Itu kali pertama aku berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan. Itu menjadikan kali kedua aku berdiri ketika lagu kebangsaan dimainkan. Kali pertama di satu panggung wayang di Hatyai, ketika aku menonton filem The Coffin. Kalau tak silap, mahu 5-6 tahun yang lampau peristiwa itu berlaku.

Masa itu aku sudah terfikir, kenapa panggung wayang kita tidak mengambil langkah yang sama. Kemudian aku teringat beberapa gerombolan manusia yang pernah berkursus di Thailand, menghadiri seminar, diskusi, membentangkan kertas kerja dan segala tok nenek aktiviti yang menghalalkan kunjungan mereka ke sana-tak kisahlah dari kementerian mana pun.

Kalau aku, di masa senggang sudah aku manfaatkan dengan menonton wayang tempatan dan menyelongkar akar budaya yang ada. Itu aku…Sebab itu aku tahu panggung wayang di Thailand memainkan lagu kebangsaan mereka sebelum sesuatu filem ditayangkan. Itu pun kunjungan aku ke sana untuk berlibur, berhibur dan makan-makan.

Jadi yang berkursus berhari-hari atau berminggu-minggu tu masa senggangnya di Thailand buat apa? Sedihnya itulah kelompok yang sering mendapat tempat dihati mergastua..

Hmmm…mak minah juga yang ┬ájanda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *