Kubur Besar Kemboja vs Kubur Besar Wang Klian

UT2

Penemuan kubur besar di Wang Klian adalah antara berita yang amat mengejutkan dan membangkitkan banyak persoalan. Pertamanya ia berlaku dalam radius yang tidak jauh dari kehidupan kita semua dan keduanya benarkah selain melibatkan pemerdagangan manusia, pemerdagangan organ juga berlaku?

Ngeri untuk dikaji dan dirungkaikan walaupun rata-rata bersetuju kebanyakan yang terkubur adalah pelarian Rohingya, mungkin ada juga dari Bangladesh dan Myanmar – apapun kebanyakan beragama Islam.

Tolaklah apa juga taraf kerakyatan, agama ataupun warna kulit kerana kekejaman dan ketidakadikadilan terhadap manusia itu buta dan membutakan.

Apa juga isunya yang jelas masalah penguatkuasaan dan kawalan persempadanan Malaysia dan Thailand berada pada tahap lemah dan mencurigakan.

Secara peribadi, aku berpendapat kubur besar yang ditemui itu bukanlah tempat lambakan mayat diakibatkan oleh pembunuhan beramai-ramai seperti mana yang berlaku di Kemboja sekitar tahun 1976 – 1979 di zaman pemerintahan Pol Pot. Pol Pot, pemerintah kejam yang percaya setiap mananusia adalah sama. Jika agama dijadikan dasar, kajian membuktikan semuanya rakyat Kemboja menjadi mangsa baik Islam dan Kristian, malah bangsa Khmer yang beragama Buddha dan Hindu turut terkorban. Malah, di awal rampasan kuasa oleh rejim Pol Pot kakitangan kerajaan, golongan bangsawan, para ilmuan dan artis antara kumpulan terawal yang dibunuh.

Boleh rujuk catatan terdahulu aku tentang Killing Field untuk bacaan tambahan.

Mungkin itu adalah tempat mangsa-mangsa pemerdagangan manusia yang menemui ajal dikuburkan. Jika itulah kisahnya, maka aku berpendapat jauh di dalam hutan lagi jika digeledah akan kita temui kem-kem pelarian sementara tempat tahanan ini semua ditempatkan.

UT

Utopia yang dijanjikan Pol Pot hanyalah satu delusi yang terpaksa diyakini rakyat Khmer kerana keterpaksaan dan desakan ekonomi. Tetapi Pol Pot bukanlah pemegang mana-mana anugerah keamanan.

Untuk bercerita perihal Rohingya yang terhimpit dan tersepit memerlukan satu catatan lain yang lebih terperinci. Tetapi sebagai warga dunia biasa, wajarlah kita tanyakan kepada penerima Anugerah Keamanan, Aung San Suu Kyi – kau buat apa sebenarnya?

f87380bdab8d18f225ae18f768090dfa
So, what is right?

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *