Krisis vs Pelancongan Domestik

Semalam, Pakatan Rakyat Demokrasi (PAD) menawan Lapangan Terbang Suvarnabhumi bagi menghalang Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat pulang ke tanahair beliau selepas pulang menghadiri mesyuarat APEC di Peru. Mengenali trend penyokong parti di sana ini bukanlah sesuatu yang pelik. Ogos lalu, aku sendiri menyaksikan 3 lapangan terbang utama di tutup, laluan keretapi disekat dan pengangkutan awam seperti teksi, tut-tut dan bas lumpuh – mogok untuk memberi tekanan pada Samak meninggalkan Rumah Kerajaan. Semua rakyat menonton stesyen TV yang sama (aku tak ingat stesyen mana.rasanya stesyen pembangkang sebab 24 jam menunjukkan rapat umum pemimpin PAD berucap).

Abaikan sajalah mogok-merusuh-kena belasah polis-PM berundur- ini sebab setiapkali adanya tekanan politik, isu di atas ini jugalah yang dilaung-laungkan. Aku lebih suka bercakap tentang nasib pelancong-pelancong yang tak bersalah tu. Mereka datang berapa ribu batu nautika dari negara masing-masing, membayar tiket kapal terbang yang boleh tahan juga harganya dan mengharapkan percutian meninggalkan kenangan manis untuk dikenang. Apa yang dapat? Tekanan perasaan, fobia, penyesalan tak sudah. Silap-silap terkandas untuk satu tempoh yang lama dan tak dapat ‘refund’.

Pengusaha hotel pasti tak senang duduk memikirkan bilik berpuluh-puluh masih kosong. Bapak ayam dan tokei Tiger Show ada potensi sakit jantung lagi sebab takde orang yang berani datang. Tengah sedap-sedap tengok aksi panas tiba-tiba mati kena bom – straight masuk neraka tingkat 7. Pemandu teksi dan tut-tut yang kaki paw tu 3 hari pertama larat la terjerit-jerit mogok tunjuk perasaan. Masuk seminggu dah susah hati duit belanja sekolah anak tak cukup, dapur tak berasap tom-yam dan teksi mereka pun kena bayar sewa rupanya..

Ha, tu la..masa ada pelancong awak tekan macam nak giler..

Dunia menyaksikan kejadian ini menerusi suratkhabar on-line, youtube, CNN, BBC dan sumber berita lain soheh setahun tak berani pergi negara itu. Berani ke? Rakyat asyik nak merusuh semua PM yang ada semuanya tak betul.

Jadi selamat babai kepada hasrat untuk menjadikan pelancongan sebagai sumber pendapatan negara. Dan aku rasa Airasia pasti merenung award yang diterima daripada Thailand dan terfikir – ada harapan lagi ke pelancong nak naik AirAsia ke Thailand?

Hanya ada satu insan sahaja yang mampu memulihkan keadaan ini iaitu Raja Bhumipol Adulyadej.

Sementara itu, and berani nak ke Thailand? Errrr….tak apalah. Banyak lagi tempat lain. Dan Mat Saleh yang nak merasai Truly Asia di Thailand terus ubah rancangan ke Malaysia..

Siapa kata takde hikmah disebalik semua kejadian…he..he..he..

Bagaimana pula ke Bali? Beranikah anda setelah pengebom Bali ditembak mati? Aku tak berani nak ke sana menjelang Krismas dan Tahun Baru 2009..Janganlah ada yang pelik-pelik berlaku lagi.Amin!

Protes warga Thailand masa era pemerintahan Samak

Kredit Foto :http://lh6.ggpht.com/_JU-SU2-kf7s/SF-jEyCTXZI/AAAAAAAAADc/AA9CLkSYGBA/OB-BR381_bangko_20080620094812.jpg

Krisis di Thailand makin meruncing
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
BANGKOK 26 Nov – Krisis politik di Thailand semakin meruncing dengan penunjuk perasaan antikerajaan terus mengepung Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada hari ketiga hari ini, selain dicemari dengan kejadian tembakan dan beberapa letupan bom.

Seorang aktivis antikerajaan mati ditembak di Chiang Mai, utara Thailand oleh sekumpulan penyokong kerajaan, hari ini.

Menurut Leftenan Kolonel Atipol Thongdaeng, dalam kejadian tersebut, seorang lelaki dalam usia 50-an telah ditarik keluar dari keretanya, lalu ditembak dengan senjata api oleh sekumpulan yang dipercayai penyokong kerajaan.

“Kematian lelaki ini dipercayai dipercayai disebabkan anak mangsa yang juga aktivis antikerajaan terlibat mengendalikan sebuah stesen radio antikerajaan,” katanya.

Penunjuk perasaan yang dipimpin Pakatan Rakyat Bagi Demokrasi (PAD) menawan lapangan terbang tersebut bagi menghalang Perdana Menteri Somchai Wongsawat dari pulang ke tanah air.

Ia merupakan kompleks utama kedua yang ditawan penunjuk perasaan, tiga bulan selepas mereka mengambil alih Rumah Kerajaan, yang menempatkan pejabat Perdana Menteri.

Somchai dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru.

Sementara itu, sekurang-kurangnya tujuh orang cedera dalam tiga siri pengeboman kecil hari ini, termasuk di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Dua orang cedera dalam serangan bom tangan yang berlaku di lapangan terbang berharga AS$4 bilion (RM14 bilion) itu, awal pagi ini.

Letupan serupa berlaku di Lapangan Terbang Don Mueang yang kini menjadi pejabat sementara Perdana Menteri mengakibatkan dua orang cedera.

Tiga lagi cedera setelah dua bom tangan meletup ketika penyokong antikerajaan sedang berarak di jalan masuk lapangan terbang Don Mueang.

Pertempuran turut dilaporkan berlaku di sekitar bandar raya ini membabitkan penyokong PAD dan anggota keselamatan.

Sementara itu, Somchai dilaporkan selamat mendarat di Lapangan Terbang Chiang Mai pada pukul 6 petang (7 petang waktu Malaysia).

Sebaik-baik tiba Somchai berkata, beliau tidak dapat menerima cadangan Ketua Tentera Thailand Jeneral Anupong Paochinda yang meminta beliau membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya baru bagi menamatkan krisis politik yang telah berlanjutan berrbulan-bulan lamanya.

“Saya tidak dapat memenuhi permintaan pihak tentera supaya meletakkan jawatan dan mengadakan satu pilihan raya baru.

“Kerajaan saya telah dibentuk secara demokratik dan akan terus berkhidmat untuk kebaikan negara,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung melalui televisyen ke seluruh negara.

Reuters pula melaporkan, Somchai dijangka memanggil mesyuarat tergempar Kabinet esok bagi membincangkan langkah menangani tindakan penunjuk perasaan yang telah melanggar undang-undang.

– Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *