KOPI DURIAN…

 

Orang sibuk hari kopi sedunia, aku sibuk dengan posting tema majlis pencen kengkawan untuk 15-20 tahun lagi. Maafkan kesengalan itu kerana aku hanya bergurau.

So here it is…one of my favourite coffee. So ini adalah true story yang baru aje terjadi Sabtu minggu lepas.

Aku dah cerita semalam pasal aku drive ke Melaka untuk jumpa Hadi. Sebenarnya malam tu aku hanya makan ayam golek aje tanpa nasi sebab dapur kat rumah Melaka ni hanya berasap penuh bila family aku datang sahaja. Jadi pagi Sabtu itu aku memang lapar teruk.

Anak-anak pula sibuk mandi kolam dan mereka tak kisah pun makan pukul berapa. Sudahlah tak kisah nak makan, membangkang pula bila aku suruh berhenti mandi sekejap. Terpaksalah aku beralah dan menunggu mereka mandi puas-puas.

Sementara itu, Hadi feeling-feeling “hari ni ai nak jadi tourist kat Melaka” dan mula buat carian nasi dagang paling sedap kat Melaka ada kat mana. Memang “whaaaaat….” sikit selera kami pagi itu tapi percayalah, kalau kau pandai cari kat Sabak Bernam pun ada nasi dagang yang sedap. Kami nak makan nasi dagang kekdahnya end of story…

Aku tak ingat nama kedai yang kami cari tapi macam aku cakap dulu – semua kedai ada jadual makan aku, dan mereka akan tutup pada hari yang aku decide nak makan situ!

Takde rezeki…entah macam mana kami sampai di Bandar Melaka. Perut aku memang dah orkestra mohon diisi. Eh, dia nak meronda setiap lorong pulak. Haih…

Takpelah…aku cuma nak kopi durian aje buat alas perut. Aku pernah rasa sekali dan aku mahu lagi. Tapi kerana kami awal sangat (10:00 pagi), kedai baru aje nak buka. Mungkin kalau kami circle sekali lagi kawasan ini dalam keadaan kereta tersenut-senut, kedai tu sudah bersedia menerima pelanggan?

Sambil kereta menelusuri jalan dengan super perlahan, kami pun imbaslah kenangan minum kopi semasa di bumi Laos. Giler sedap kecanduan. Masa muda dulu tak peduli sangat kadar gula tapi kalau sekarang ni berpada-pada juga. Tiba-tiba rasa nak revisit Laos pulak…Haih sangat Kak Benny. Disebabkan beberapa faktor, terus rancang apa kata bercuti dalam negara aje dan cari nasi dagang?

Oh, nasi dagang…perut aku makin lapar!

Sebaik sahaja pusingan pertama berakhir, ya kedai tu sudah buka. Hadi beli 2 bungkus kopi durian dan sempat dia beli 3 in 1 kopi ini sekali. Dia beli sebab aku asyik bergurindam “sedapnya kalau dapat kopi durian” setiap kali aku terkena kopi yang tak sedap.

Aku tak tunggu lama, terus sedut….

SluuuuuĆ¹rp….

Serentak itu aku rasa minda aku terbuka, rasa ringan sangat kepala daaaaan, rasa lapar tu hilang! Sumpah….true story!

Kemudian tengah hari tu aku merengek lapar balik…

#apabilakakbennymenulis
#kakbennylovescoffee
#internationalcoffeeday

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *