Kluang Rail Coffee..

Pagi itu aku bangun awal. Mungkin kerana malam tadi tidur awal, makanya aku bangkit dalam keadaan segar dan bersemangat. Rasanya tiada lagi tujuan kami di Tanjung Sedili. Kami check-out awal kerana mahu ke Kluang untuk merasa kopi Kluang yang terbaik di sana. Kalau trafik baik, sekitar jam 11.00 pagi kami akan sampai ke Kluang dari Tanjung Sedili. Sepanjang perjalanan, perut hanya beralas Mr. Potato perisa tomato dan air mineral. Dalam perjalanan, kami bertembung dengan satu kemalangan yang agak menakut dan menyedihkan. Hadi sudah pesan, jangan pandang tapi tidak boleh tidak aku terpandang seorang makcik terbaring di sisi jalan. Terus emosi aku berubah. Aku doakan semua yang terlibat selamat dan tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Sampai sahaja di Kluang, terus kami mencari cadangan kopi terbaik di sini dengan bantuan google. Barulah aku faham, Kluang Rail Coffee dan Station Kopitiam Kluang adalah dua benda yang berbeza. Disebabkan kami benar-benar mencari yang asal, asli dan authentic, maka kami memilih untuk mencuba Kluang Rail Coffee. Ia terletak di premis stesen keretapi Kluang. Ya, kami sesat sebab memang tak pernah sampai kawasan ini 🙂

2 Kopi Ais dan 3 set roti bakar menemani “sarapan pagi” kami. Agak sedih aku tak sempat merasa nasi lemak sebab semuanya sudah habis. Waktu perniagaan mereka hanya pagi sahaja rupanya.. Akan datang kami akan berusaha untuk sampai sebelum subuh. Cadangnya mungkin dengan menaiki keretapi. Kool bukan.. 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

4 thoughts on “Kluang Rail Coffee..”

  1. Memang top kedai ni .. tapi kecoh satu MALAYA ari tu .. kopinya tak halal. Tak pasti pula .. apa kejadiannya sekarang . Saya pernah ke sana 3 tahun lepas .. siap beli bawa balik sebungkus . Dek kerana kekecohan itu .. kopi di buang dan bekas di samak !!!

  2. Hi semua…saya dah check directory halal JAKIM dan memang sah Kluang RailCoffee nih ada sijil. So jangan risau..

    Cakap pasal Kluang RailCoffee nih, saya baru je upload pics kat blog masa gi jalan2 sana jumpa member. Femes giler tempat nih ramai nyerr org.
    Anyway kalu senang2 tu jenguk2 la yer blog saya di http://www.blogmakanbest.blogspot.com topik seratus peratusssss pasal makan, makan dan makan hehe takde topik lain tau!
    Dan kalu minat tu follow la yer blog saya TQ bebanyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *