“Kita Tidak Perlu Beli Cawan..”

Download-Funny-Baby-Pictures-HD-Wallpaper
Aku susah nak jawab soalan ‘kenapa perempuan suka pinggan mangkuk dan Tupperware banyak dalam rumah’? Satunya sebab aku bukan macam semua perempuan yang gilakan pinggan/mangkuk/Tupperware bagai-bagai ni dan jajahan dapur tu kalau ditawarkan sang lelaki menjadi pengerusi tetap pun mereka tak teringin nak bersilat dalam tu. Secara logikanya, kita mahukan set pinggan mangkuk dan perkakas yang bersifat untuk diguna sekiranya ada tetamu datang ke rumah. Kalau kental sangat, guna pinggan mangkuk pakai buang pun tak mengapa sebab tetamu pun maklum situasi kami. Baru pindah rumah, kotak-kotak pun belum habis punggah lagi.

Kalau nak diikutkan, gelas dalam rumah ni sangat banyak. Ini termasuk berian rakan-rakan masa hari perkahwinan kami 7 tahun dulu, mug jabatan/agensi/syarikat (koleksi sangat banyak semasa aku jadi penerbit SPM) dan yang paling meriah pastinya gelas McD sewaktu promosi Piala Dunia dan promosi gelas lain. Juga masih ada berkotak-kotak hadiah masa kahwin dulu masih elok terpelihara belum dirasmikan. Pendek kata, gelas memang banyak, set cawan sahaja yang tak ada.

Jadi bila aku suarakan hasrat ‘kita perlu beli cawan’, ia disambut dengan hujah yang panjang tanpa henti bersifat 34 kilometer sejam akan mengapakah kita tidak perlu membeli cawan.
Antara sebabnya :-
a) Rumah kita ada banyak mug.
b) Kawan-kawan kita tak kisah
c) Kenapa kena beli? Bukankah rumah kita banyak gelas. (Gelas dgn cawan lain la..)
d) Kita baru pindah, mereka faham..
e) Hahahahaha…beli cawan

Paling syahdu adalah saranan yang menyusul..
“Kita tak payah beli cawan. Mereka faham kita baru pindah..”
Habis kalau orang datang rumah nak bagi minum air panas nak guna apa – kata aku.
“ Kita gunakan tempurung….”

Aku harap suatu hari nanti bos dia sudi datang rumah untuk aku gunakan tempurung itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

4 thoughts on ““Kita Tidak Perlu Beli Cawan..””

  1. kalu mug wat isi air panas pn hokey jugak..mgkin tak seragam tapi isinya lebih byk berbanding cawan :P;)
    tingat kena ‘bising’ dgn sang suami pas abis pantang anak pertama kerana beli dulang RM3.99 di Mydin… tu pn dh 3thn perkahwinan… 3thn kwin lum ada dulang! klu 5 org dtg dh kena 2/3kali singkap curtain dapur…huhuu…

  2. Hahaha.. aku ada geng rupanya.
    Sabar yer my fren. Jawapan2 rasmi dari seorang lelaki ‘sejati’ memang macam tu.
    Selagi rumah tak buat kenduri kesyukuran, selagi tiada rombongan mak-mak sedara datang ke rumah nak mkan tengahari-selagi itulah rumah aku pakai gelas nak minum kopi panas, kole stainless steel jadi teko tetamu.

    p/s: Beli pinggan mangkuk senyap2. Susun antara kotak2 hadiah kawin. Tetamu datang terus keluarkan.. :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *