Kita Dah Kahwin 5 Tahun…

image

Itulah intro indigo yang bermain dikepala otak aku. Dan itu jugalah ayat yang aku sempat cakap..yang lain tak terkeluar. Aku mesti cakap semalam sebelum aku lupa. Itu janji aku pada diri sendiri..

Sayangnya 2 percubaan aku gagal. Kali pertama dia tengah sibuk layan movie. Kedua pulak aku intro ayat pertama pastu airmata pulak menitik-nitik. Elok aku nak sambung,aku jadi lucu dan gelak pulak. Kami sama-sama komfius. Tapi akhirnya aku cakap juga..

Oh,Hadi sangat memahami. Dia genggam tangan aku sambil berjanji untuk mempertimbangkannya. Aku tak paksa…aku mohon ehsan aje. Sebagai isteri yang banyak tanggungan dan jadi pelajar sepenuh masa,aku saaaaangat sengkek.

Demikanlah permohonan aku untuk meminta nafkah dinaikkan,selaras kenaikan pangkat,SPBA bagai dan kerana kita dah 5 tahun kahwin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

6 thoughts on “Kita Dah Kahwin 5 Tahun…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *