Kita belum menang
Tapi kita mesti menang…
Menang bukan setakat untuk sambut Raya, Pesta Kaamatan, Krismas dan lain-lain perayaan pada tahun 2020.
Kita mahu sambut semua ini bersama-sama, selamanya selagi bernyawa. Apalah guna Aidilfitri beraya sakan lepas tu ramai-ramai dikokak Covid-19?
Sabarlah dunia…
Semua orang sakit.
Semua orang rindu.
Semua orang susah.
Jadilah hero…duduklah di rumah. Bila semua ini berlalu, kita keluarlah nak berjalan ke mana-manapun. Sambil mula memaki kesesakan jalanraya yang dirindui dan mendambakan harga minyak yang lebih murah dari 1.5 liter air Coke.
Sabarlah semua…
Sabar menanti
#apabilakakbennykaudownteruk
