Kisah….Susu Lembu!

fatimah-630x360

Udah kenapa startingnya macam intro Doraemon pula.

Itulah…sehari dua ini aku biarkan kisah susu ibu, susu lembu, susu kambing dan DNA menerobos dengan hebatnya di newsfeed FB dan Twitter. Ada yang ketawakan Ustazah tu. Ada yang kutuk-kutuk lapan gantang. Eh,ada pulak yang tahniahkan pengutuk sebab sedekah pahala pada Ustazah tu.

Aku? Meh aje…

Aku memang sedari dahulu tak gemar sangat cerita pasal susu badan. Bukanlah taboo ke, tebuan ke mentibang ke apa. Pada aku apa yang keluar daripada badan itu peribadi. Betul itu rezeki anak – makanan dan minumannya. Tapi budak itu pun takdelah terpekik-pekik bagitahu dia minum susu ibu. Diam sudey..

Karang aku samakan susu badan dengan unsur-unsur lain ada pula yang marah. Keluar pulak itu oren ini epal. Simpan aje…aku tak peduli pun. Kalau kau ada pendapat lebih akademia, akademi fantasia atau akrobatik pergi tulis aje dekat blog kau sendiri. Bukan mencarut 10 perenggan dekat FB apatah lagi Twitter.

Ada tak kita nampak orang share ‘inilah sechupak beras mak tanak untuk rejeki anak-anak hari ini. Alhamdulillah’ – siap post dalam IG – link FB, link Twitter, link LinkedIn. Tapi korang boleh nampak post ibu-ibu berbangga dapat 2ml, 10ml setelaga pun. So itu sejenis motivasi? Kebanggaan? Solidariti?

Rezeki kau…fine! Tak semua orang dapat rezeki yang sama. Paling penting. Tak semua orang belum sampai rezeki beranak macam kita yang dah ada ni. Akak tunggu 7 tahun dik…Mendidih…Lihat keliling. Kalau kau pernah lalu, kau faham apa yang diorang rasa.

Sebab itu susu formula dan susu lembu jadi pengganti. Maaf tak payah bersyarah zaman nabi ibu susu bagai-bagai sebab aku sendiri pun memilih kalau anak aku terpaksa diberi susu badan daripada badan orang lain. Ada sakit dalaman ke ibu susu tu? Ada anak perempuan ke tidak (anak aku lelaki) dan faktor-faktor lain yang enggan aku ulas.

Sudahlah statement DNA lembu itu sudah mengundang bencana, ai boleh lagi nak teruskan dengan merujuk suaminya pulak yang kebetulan doktor.

“Sedikit pengetahuan cetek saya tentang DNA setelah merujuk suami saya, seorang doktor perubatan dan saintis yang lain.

1) Saya mohon maaf jika ada kesilapan dan kelemahan kerana saya manusia biasa, tidak maksum, berpotensi untuk betul atau salah bila bila masa sahaja.

2) Antara tanda kekuasaan Allah, DNA adalah spesifik untuk sesuatu makhluk. Ia tidak mungkin bergabung dengan makhluk makhluk yang lain. Dan dalam rancangan itu, saya tidak sesekali berkata atau bermaksud DNA lembu itu akhirnya bergabung. Itu cuma salah tafsiran.

3) Susu lembu memang mengandungi DNA lembu. Kenyataan ini disokong semua saintis. Bahkan, DNA bakteria yang hidup dalam susu, protein, amino asid, immunoglobulin. Dan Subhanallah, susu lembu juga bukan hanya semata mata mengandungi DNA lembu.

4) Saya akui, setakat ini tiada kajian saintifik bila kita memakan sesuatu makanan kita akan ikut sifat/karakter makanan tersebut. ALLAH Maha Kaya, Pemurah, Adil, Pelindung- DIA ciptakan bermacam macam jenis makanan untuk kita nikmati. Ada manusia allergik pada sesuatu bahan lantas dengan rahmat ALLAH ada alternatif lain. Namun, secara metafizik, melangkaui Sains, makanan memang salah satu (bukan satu satunya) faktor yang boleh mempengaruhi akhlak. Antara salah satu basic law, you are what you eat. Islam menggalakkan makan sesuatu yang bukan saja halal tapi tayyiba. Untuk dewasa, susu lembu halalan tayyiba. Untuk bayi, susu ibulah halalan tayyiba.

5) Saya akui, DNA tidak lebih kepada ‘penanda’ sesuatu makhluk – tidak lebih dari itu. Sebab itu DNA boleh jadi bahan bukti sesuatu kes jenayah. Dan DNA lembu memang wujud dalam susu lembu.

Wallahuaalam.”

Aku mulai faham kata-kata tentang masalah manusia yang “berilmu”.

Aku juga terasa nak tanya lembu itu mudah marah udah kenapanya? Sebab dia sakit ke? Sebab dia kembung ke? Atau sebab-sebab lain yang menyebabkan rasa marah? Manusia pun cepat marah.

Satu lagi aku cukup gerun dengan komen seumpama ini “kita niatkan untuk berikan anak kita susu badan sampai dia 2 tahun. Insyaallah (mesti ada)… kita pasti berjaya caiyok caiyok!”

Jadinya yang gagal tu tak berniat? Pembalasan tuhan? Tiada rezeki anak? Sumber harooom?

Beruntunglah kamu atas kesegaran tetek dan nikmat limpah susu rezeki buat anakmu berserta booster-boostering yang dicuba. Beruntunglah! Beruntunglah!

Dan tak payah nak private message  memberitahu kenapa perlu malu dengan susu ibu bla..bla..bla… skeptikal, masyarakat maju dan diversity. Apatah lagi mesej dengan pemilik ID sekian-sekian nombor menjual sharfin shakalaka baby sebab aku tak minat nak baca.

Sekarang ini besarkan anak-anak  kita menjadi manusia yang berguna, menghormati dan bergaul dengan pelbagai bangsa, punya sifat cintakan negara, bertanggungjawab dan menjadi manusia budiman – tak kisahlah dulu dia minum susu apa!

d8560f5d53b851094f24d79e0df21b66

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *