Kick Ass 2

Kick_Ass_2_Poster

Jujur aku katakan lawak dalam Kick Ass 2 ini boleh tahan jahanam juga kelakarnya. Ia merupakan satu filem sinambungan yang melengkapi filem pertama. Kalau pernah tengok Kick Ass 1, yang kedua ini pastinya tidak mengecewakan. Tiada satu babak pun yang membuang masa. Semuanya saling berkaitan dan menguatkan jalan cerita.

Jalan ceritanya mudah. Red Mist ingin membalas dendam atas kematian bapanya yang di bazooka oleh Kick Ass pada filem terdahulu. Dia mengumpulkan pasukan tentera yang terdiri daripada bekas banduan dan penjenayah. Agak celaka, dia menukar namanya dari Red Mist kepada Motherfucker.

Dave (Kick Ass) mahu menubuhkang satu geng adiwira bersama Mindy Macready (Hit Girl) tetapi Mindy telah berjanji dengan penjaganya untuk menjalani hidup seperti remaja yang lain dan meninggalkan dunia Hit Girl. Kick Ass kemudiannya menyertai kumpulan Justice Forever yang diasaskan oleh Colonel Stars and Stripes.

jim

Apa yang menarik ialah kemunculan Jim Carrey sebagai Colonel Stars and Stripes, seorang bekas penjenayah yang telah insaf. Pada mulanya nyaris aku ingatkan itu adalah Van Damme, Dalam filem ini, Jim Carrey langsung tidak seperti filem-filemnya yang lain. Tiada kelucuan yang dibuat-buat. Faktor usia barangkali..

Juga kemunculan Donald Faison, yang terkenal dengan watak Dr. Turk dalam drama Scrubs – memegang watak sebagai Dr. Gravity.

turk

Keseluruhan, cerita ini sangat menarik. Aku terbahak-bahak gelak dengan gelagat adiwira ‘wannabe’ ini. Kalau korang tak suka, nyatanya korang tak faham cerita ini sebenarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *