Ketagihan Baru : Game Of Thrones

Yup, inilah kegilaan terbaru yang bakal membuatkan aku dengan Hadi sawan sampailah drama terbitan HBO ini tamat atau mati sekerat jalan. Game Of Thrones (GOT) drama epik diangkat dari novel karya George R.R. Martin. Drama epik ini memang membuat orang sawan dengan jalan cerita yang menarik, aksi melampau dari pelbagai jenis kecenderungan seks dan aksi perang yang sakit jantung melihat darah dan kepala memancut merata-rata.

Asas ceritanya sangat mudah Рmerebut tahta  dan kuasa. Drama ini banyak sangat watak..tak kuasa nak cerita siapa dari mana berebut apa beromen dengan siapa. Rasa-rasa nak tengok drama ini elakkan kanak-kanak sebab banyak aksi orang dewasa. Kalau rasanya minat cerita ala-ala Spartacus, Tudors dan Roman Empire, GOT mesti jatuh dalam senarai wajib tonton.

Pelakon dalam drama nie takde la kategori popular mana. Tapi salah seorang pelakon yang terkenal ialan Sean Bean, pemegang watak Boromir dari filem Lord Of The Rings. Tapi cepat sangat watak dia dimatikan..terkejut-terkejut aku masa babak itu berlaku kerana sangatlah “gory”.

Sean Bean

 

Watak yang aku suka ialah Khal Drago yang dipegang oleh Jason Momoa. Muka sangat bengis, janggut dan misai mengurai dan badan yang sasa. Khal Drago berkahwin dengan Daenerys Targaryen (Emilia Clarke). Kaum mereka bertutur dalam bahasa Dothraki. Bahasa ini sangat unik..macam best aje kalau dapat bercakap macam diorang.

Khal Drago

 

Patutlah mamat nie handsome sangat..Dia berasal dari Honolulu, Hawaii dan berlakon dalam drama Baywatch Hawaii. Jadi haruslah badannya terpelihara. Giler seram dia sebagai Khal Drago.

Aku tak sabar tunggu musim kedua. Firasat aku mengatakan akan ada naga, macam drama Merlin. Dan cepatlah penggal kepala King Joeffrey tu..tengok rambut blonde dia pun aku dah menyampah! Esok aku akan rally drama ini lagi…

Game Of Thrones : You Win Or You Die!

p/s:aku tak pernah baca novel nie..dont want to spoil the fun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Replies to “Ketagihan Baru : Game Of Thrones”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *