Kes Ibu Pukul Anak..

Kredit Foto : Utusan

Semalam seharian kecoh rakan-rakan menghebahkan satu video seorang ibu memukul anaknya. Maaf, aku tak tengok pun video tu. Buat apa menakut dan mencemarkan minda aku dengan isi perut yang aku tahu bakal mengundang emosi traumatik untuk satu tempoh yang lama. Banyak status emosi pelbagai yang terbit di laluan berita aku. Antaranya – ada juga wanita yang jahat, celaka anak haram punya betina, bangang betul yang rekod tu pandang aje dan segala macam doa yang harapkan kesejahteraan anak yang tidak berdosa itu.

Reaksi yang dasyat turut mengundang twit dari menteri amaran dan beberapa YB lain berhubung video ini. PDRM pantas mengeluarkan kenyataan media yang kes itu sudah pun dibawa ketengah. Perempuan di atas sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan.

Ya, masyarakat prihatin, sensitif dan peka.

Ya, PDRM pantas menjawab persoalan berbangkit video hangat itu.

Akhir-akhir ini aku melihat kecenderungan menyebarkan berita tanpa mengetahui pokok pangkal, asas dan kesahihan sesuatu perkara. Berapa ramai antara kita berkata, la…video lama ke? (Aku tak nafikan perlakuan yang itu keji, perlu dapat reaksi masyarakat dan segala mak nenek prihatin peka bagai) Perkara yang sama terjadi sewaktu arwah Bob Kuman sedang sakit. Ramai sudah menyebarkan secara sengaja atau tidak berita kematiannya sehingga dia muncul dalam video di Youtube mengesahkan berita itu palsu. Berita yang sama berlaku pada arwah Datuk Ahmad Jais. Rasanya tak perlu menjadi pertama di dunia maya jika berita yang disebarkan itu tidak tentu kebenarannya.

Tapi mungkin satu hari nanti masyarakat akan mengambil serius isu kesahihan sebelum penyebaran berita berlaku secara berleluasa di dunia maya. Aku pernah melakukan perkara yang sama semasa trending RIP Jon Bon Jovi di Twitter. Rupanya hanya palsu dan kecoh sahaja. Selepas itu, aku semakin berhati-hati dengan penyebaran berita di ruang maya..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *