Kerja Jadi Seronok Kalau Kita Seronok Kerja

Kalau kita tak seronok kerja, buat benda yang mudah pun terasa membebankan. Itulah kata-kata penyedap hati yang membuatkan aku bertapa dari arena penulisan. Sebab kalau aku cerita benda yang tak seronok di sini, akupun tak seronok menulis dan yang membaca pun tak seronok membaca.

Bermula minggu lepas, secara rasmi aku ditempatkan di Unit Siaran Langsung. Sepatutnya 15 Januari aku melapor diri. Tapi kerana aku bercuti di Medan, Indonesia demi menghormati hari kelahiran yang ke ‘tuuuut’ maka aku terlewat seminggu 2 hari. 2 hari sebab sepatutnya aku dalam tempoh kuarantin. Demi kaseh sayang dan rasa cinta pada kerjaya ini maka aku datang juga melapor diri.

Memang cun…..pagi lapor diri, petang terus pergi recce di Dataran Merdeka untuk Sambutan Hari Wilayah. Petang pulak terus set-up di Kuala Lumpur Convention Center untuk pelancaran Transformasi Kerajaan oleh YAB Perdana Menteri dan esoknya terus buat siaran..

Lepas itu, terus ke Pekan, Pahang untuk pelancaran Digital Pekan 1Malaysia…macam-macam teladan aku dapat di sana selain lebih memahami cara kerja di unit baru ini..

****

Hari ini pula aku di Jerlun, Kedah untuk pelancaran Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Kedah. Aku ke sini bersama Siti Murni Abd. Aziz dan membawa bersama pengacara Ikon, Shahril. Esok pula pelancaran oleh YAB TPM.

Akan datang aku tak tahu kat mana…tapi bersedia ajelah 🙂
p/s: Takde pic nak load…kalau ada nanti-nantilah aku buat…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *