Kerana Itu Aku Harus Rasa Malu…

Kredit Foto : Kosmo

Apabila pakcik Ab. Hamid Yunos berupaya mendapat ijazah dalam usia 70 tahun dan pakcik Abdul Barit Abdul Kader pula dalam usia 56, aku yang perasan kanak-kanak ribena rasa sangat kecil seperti semut. Tidak…kecil lagi. Ameba, dan mungkin mikroorganisma lain tahap nano barangkali?!

2 minggu pertama perjalanan menjadi pelajar kembali tak semudah yang aku sangkakan walaupun berstatus sepenuh masa. Tiada masalah untuk memahami, tiada masalah untuk mendengar dan memberi pendapat tapi bila menulis, alangkah berkulapoknya bakat itu. Tambahan pula nak mengingat menjaga kembali tatabahasa dan nahu dalam bahasa seharian Mariah Carey. Sangat menduga….sebab lama tak menulis.

Aku ingat kembali apa yang terjadi masa zaman matrikulasi di UiTM dahulu. Seorang pensyarah menyarankan aku memikir kembali untuk belajar di sana kerana ujian pertama aku dapat markah kosong. Ya, telor ayam dan telur burung yang dicuri babi dalam Angry Bird. Tak lama lepas itu aku aku mendapat momentum dan boleh bersaing dengan rakan-rakan lain.

Dan aku pun tamat dengan keputusan yang cemerlang. Jadi motivasinya sekarang sudah ada depan mata. Kayuh saja..Ya, dan kerana itu aku dan kamu harus malu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *